Saturday, 12 December 2015

Hari ini hari dia

Semalam. 11 Disember 2015.

Dapat panggilan utk tolong sahabat kat ofis utk ambil gambar di Bowling Tournament kat One Utama jam 3 petang.

Aku pun gerak dari ofis SemuaHouse ke TTDI lepas selesai Solat Jumaat. Aku ikut laluan Penchala Link. Hujan. Jadi aku berhenti sekejap kat Petronas berdekatan terowong Penchala Link tu. Sedang aku rehat setia tunggu, datang seorang pakcik.

Pakcik: "assalamualaikum nak, pakcik nak tumpang tanya ni"

"Waalaikumsalam, ye tanya apa tu pakcik"

Pakcik: "pakcik nak ke Federal Highway. pakcik rasa pakcik sesat."

"Ooo senang je pakcik. Ikut je jalan masuk ke tunnel ni, pastu pakcik ikut jalan ke Puchong. Haa tu dah kat LDP dah tu. Nanti pakcik teeeeerus je sampai pakcik jumpa signboard kata KL"

Pakcik: "ooo oklah. terima kasih ya nak"

Aku sahut terima kasih tu dgn senyuman & pesan hati-hati memandu.

Hujan berhenti. Teruskan perjalanan ke ofis. Sampai dah. Aku parking motor kat basement ofis. Duduk kat lobi ofis. Keluarkan telefon, aku mesej Nisa.

"Nisa, aku kat lobi pv ni. Mai la ambil charger ang"

Nisa: "ok jap"

Dalam pada tunggu Nisa turun, tiba-tiba gadis duduk sebelah aku kat lobi ni tegur aku.

Gadis: "aaa encik, boleh saya pinjam powerbank encik? telefon saya kehabisan bateri"

"eeerrr cik ada kabel charger? sebab saya guna iphone. port telefon kita tak sama cik."

Gadis: "ala yeke. tak apa lah encik." (dengan nada kecewa)

Selang lebih kurang 5 minit ..

Gadis: "maaf encik, boleh saya pinjam telefon encik utk saya mesej kakak saya?"

"eh boleh apa salahnya. sekejap ya"

Laju taip.

Gadis: "nah encik, terima kasih ya"

"sama-sama"

Dia ajak borak.

Gadis: "saya baru je sampai KL ni semalam. ni pertama kali saya di KL. saya baru sudah interbiu kat sini"

"ooo yeke. cik dari mana??"

Gadis: "kelantan"

Nak jugak aku try tanya "takdak rupa kelantan pun". Tapi nampak kesian dia ni takut-takut.

Datang pulak seorang lelaki ala-ala tabliq.

Tabliq: "bang, apa nama tempat ni" (dia tanya aku)

"ni Plaza VADS encik"

Tabliq: "haa sekejap-sekejap. kau cakap dengan dia." (dia cakap dengan org dalam telefon tu)

Tabliq: "encik, boleh tolong bagitau ia nama tempat ni?"

"Boleh. Boleh."

Sedang aku terangkan tentang Plaza VADS kat org tu, telefon aku berbunyi.

Krinngg!! Krinngg!! (ok ni bukan ringtone aku. tolong jangan kecam!"

Nombor siapa pulak niiiiii (bisik dalam hati)

"cik, ni kakak cik ke?" (aku tuju telefon aku kat gadis tadi)

Gadis: "eh yer yer!" (suka betul dia)

Gadis ni cakap kakak dia dah dalam perjalanan ke ofis aku utk jemput adik dia ni.

Aku pulak nak kena gegas ke OneUtama ni. Dengan rasa tak sedap hati, aku telefon kakak gadis ni.

"assalamualaikum cik, maaf cik. saya ada urusan ni. cik tau jalan nak ke ofis ni kan?"

Kakak Gadis: "haa ye ye encik, saya tau. tak apa encik, terima kasih ya"

Gegaslah aku ke OneUtama.
Sampai saja di OneUtama aku dapat mesej yg tak ku sangka-sangka. Kakak gadis tu mesej aku.

"dh jumpa dh . .tq en. wan selamatkan adik saya . .  semoga Allah s.w.t balas jasa awak :)"

Allahuakbar. Terkejut aku. Aku balaslah dgn sahutan sama-sama.

Korang tau semua tu terjadi dalam masa 30 minit!

Aku senyum. Aku syukur. Aku doa. Aku insan biasa. Hari ini hari dia.



Friday, 11 December 2015

Lut

aku mula sedar
yang dunia ini tak ubah seperti pisau kilat yang tajam.

kelihatan mahal.
menyilau pandang.
mencalar badan.
mencabar sabar.

tapi
takkan lut menghiris selagi kita semua terus memaut janji tuhan
dan
sedar atau tidak
kita semua sedang memakai baju kebal
bernama harapan.

Lut/2014/Mosyuki Borhan/Tempe & Latte

Wednesday, 4 November 2015

Salah

Cuba intai cermin tu
Apa kau nampak?
Rambut sikat tak betul
Tudung senget
Hingus meleleh
Jerawat besor gajah
Segerombolan taik mata
Nampak?
Tak nampak?
Lumrah
Dalam cermin baru nampak salah sendiri
Simpan sikit kerja dok cela salah orang
Bila dah takdak kerja
Macam tu la gayanya

-WanShah-

Saturday, 31 October 2015

Awan Nescafe

Asyik dok tanya

Mana dia?

Mana dia?

Mana?

Mana?

Bagai berzaman menenung tidak

Hari ini

Dia temukan kita dinyaman pagi

Syukran

Sambil mengayuh jalan

Sambil hirupan nescafe panas ditarik

Syok!

Cantik!

Hai awan!

Jangan pergi lama sangat

Jangan simpan nur mata jauh-jauh

Bawa sini rapat-rapat

Agar

Indah hari-hari kami andai suram dalam hari isi

Selamat pagi!


-WanShah-











Friday, 30 October 2015

Jangan cilaka

Biar susah untuk senang
Asal jangan kau
Senang untuk susah
Cilaka la jadinya
Menyumpah la jadinya

Thursday, 22 October 2015

Aku tahu

Bila berdepan tak bisa bicara lidahku kaku
Jadi inilah hatiku didalam lagu
Aku tahu dahulu aku sering ingkar
Tahu aku selalu buat harimu sukar
Aku tahu kearah kau ku tuding jari
Kerna satu aksimu selalu mengguris hati
Aku faham bila kau kurang memahami
Kenapa senang ku ingat susah ku memaafi
Suruhanmu sangat susah aku taati
Ini semua salahku tidak dinafi
Ku pikul dosa-dosaku ke akhir nanti
Kerna kau mengajar aku inilah cara lelaki

Aku tahu esok lusa kau pasti pergi
Aku tahu kau akan aku kebumi
Ku lakukannya tanpa airmata dipipi
Lihat kau akan hidup dalam anak-anak ku nanti

Hari iniku tahu
Memori menghuni dipemikiranku
Akan diungkap waktu
Sejarah masa depanku
Itu aku tahu

Aku tahu
Aku sering pergi
Menyepi berhari aku mencari rezeki
Ku kembali senyumanmu aku nikmati
Tawamu ku kecapi dan kasihmu ku selami
Ku tak marah kau kacau tidurku tiap pagi
Genggamanmu kecil hanya muat satu jari
Tapi didalam kampung hatiku kau gergasi
Tak sabar untuk hari kau sebesar aku nanti
Kalau aku berjalan ku mahu kau berlari
Ku tadahkan bahu kau capailah matahari
Ingat kau gergasi di bumi gegarkan paksi
Terima kasih kerna mengajar aku jadi lelaki

Kau perlu tahu esok lusa ku pasti pergi
Kau perlu tahu aku akan kau kebumi
Lakukannya tanpa airmata dipipi
Lihat aku hidup didalam anak-anakmu pasti

-AkuTahu-

Nukilan Si Altimet & Tomok

Wednesday, 12 August 2015

Seperkara

Seperkara tiada,
Dia nak kita Redha.

Seperkara ada,
Dia nak kita Bersyukur.

Seinci nafas ditarik,
Sedepa nafas dilepaskan.

Dipantul ke cermin nampak senyum topeng,
Tapi dihati hanya Dia yang tahu.

Tak perlu sekalian alam tahu seperkara dihati,
Lebih padat jika hanya Dia yang tahu.

Seperkara.

-Pejabat 2015-

Wednesday, 22 July 2015

Remote hilang

Remote hilang.
Aku dok terpacak depan tv.

Remote hilang.
Semua pakat dok update "Mann" kat Facebook.

Remote hilang.
Aku stone tengok Rindu Awak 200% Raya.

Remote hilang.
Tolong!~

Nota: macam mana nak measure peratus tu ye? mohon ajari.

Saturday, 6 June 2015

Solo bukan Hans Solo

Jumaat baru-baru ni alhamdulillah masih diberi peluang oleh-Nya tunaikan Solat Jumaat dimasjid biasa berdekatan dengan opis. Ni aku nak kongsikan sikit tentang satu perbualan ni.

Aku ringkaskan.

Dalam menapak pulang ke opis dari masjid, aku follow rapat belakang seorang kawan ni. Sumpah dia tak perasan aku kat belakang dia selepas menapak hampir 200meter jugaklah. Jalan menonong! Fokus kerja agaknya kan. Positif selalu! Setolehnya dia kebelakang ..

"Ehhh WanShaaaaaahhhh!" Sapaan panjang beliau pada aku.

"Yo wassap!" Sahut aku.

"Apa cerita? Banyak solo je gua tengok lu sekarang?" Dilemparnya soalan killer beliau pada aku.

Sengeh.

Aku jawab simple dan senafas.
"Sekarang ni bro, kena belajar dah bergerak solo. Sebab nanti bila kita jatuh, belum tentu ada orang nak sahut kita. Setidak-tidaknya kalau kau jatuh masa kau dah biasa sorang-sorang, tak lah rasa kekok, melainkan kau noob. So, bergerak sendiri je la bro."

Dia sengeh. "Betul jugak tu."

Sambung menapak ke opis .. "Ehh kau main lagi tamiya?"

Cubaan menukar topik. Nice try kawan.. nice try.
Nota: ada satu watak dalam filem Star Wars namanya Hans Solo tapi gua sumpah takda kena mengena dengan cerita ni.

Thursday, 4 June 2015

Tiket KL Sentral

Ni kisah minggu lepas. Disebabkan terlalu penat, jadi aku simpan entry ni untuk aku taip hari ni dengan penuh ketenangan, sambil menikmati keindahan Shah Alam dari sudut pandangan dalam Komuter antara Stesen Shah Alam dan Stesen Batu Tiga. Memang cantik! Ok macam ni.

Masa on the way nak balik dari kerja, kejap! Intro dulu, aku sekarang ni naik Komuter dari Shah Alam - KL Sentral, kemudian naik bas U82 dari KL Sentral - TTDI. Dan begitulah sebaliknya kalau nak balik dari kerja, itu pun kalau wife aku tak dapat jemput aku kat opis. Korang faham kan? Sebab motor aku tenat kat rumah, dia degil tak nak jumpa Doktor. Biasalah bila umur makin meningkat deras kan.

Berbalik pada kisah tadi. Aku baru je sampai KL Sentral guna U82, dah la driver tu tak kejut aku sebab terlelap, kalau tak memang aku dah tawaf dah perjalanan TTDI - KL Sentral. Haha. Terpijaknya kaki aku di Stesen bas KL Sentral, aku pun menapak la ke kaunter nak beli tiket Komuter, depan aku mak cik umurnya agak kiranya dalam 50an jugak. Consider KilauanEmas la tu kan? Eh jap! Cilakak! Sebab? Ada brader Nepal ni terus cut-que depan mak cik ni. Mak cik ni tegur ..

"Excuse me sir, could you pls que-up! Everyone here is queing"

Steadylah mak cik ni! Power English beliau! Brader tu pun pergi ke belakang berserta muka yang memang mintak pelempang. Aku toleh belakang, dia kat belakang aku je rupanya! Walhal ada orang lain yg sedang jerih beratur! Aku tengok riak wajah diorg ada gaya-gaya menyirap jugak lah. Sabar ya.

"Boss, tada operasi ka ini hari?" Tanya aku kononnya pada brader polis melalui henpon aku.
Brader tu jeling aku. Haha. Ok bukan tu aku nak share. Ini dia.

Sampai je turn aku. Duit bekalan RM2.50 aku genggam erat dalam tangan aku. Aku hulur kat adik manis kat kaunter ni. Dia senyum kat aku. Aku balas dengan sipu-sipu. Ok mula dah transaksi nak beli tiket ni.

Sejurus selepas aku beli tiket, aku berlari turun tangga! Bukan tangga bergerak tu! Itu untuk org pemalas macam aku yg sebelum ni! Sekarang aku dah berubah. Tak nak guna tangga bergerak tu lagi. Terima kasih kat adik manis kaunter komuter tadi. Sebab?

"Adik, KL Sentral. KL Sentral"

Dia tenung aku lama dan sengeh.

"Adik, KL Sentral dik. KL Sentral!"

Adik tu balas "Abang dari KL Sentral ni nak pergi mana ya?"

Sebab tu aku lari turun tangga tadi.

Nota: aku cuba cari brader nepal tadi tak jumpa pulak nak ajak dia minum teh tarik mamak sebelah Monorel KL Sentral.

Wednesday, 27 May 2015

U82

No keramat ni memberikan satu pengalaman baru buat aku. No apa ni? No bas la! Bas yg berkhidmat merantaukan aku dari SemuaHouse ke TTDI. Haha syok punyalahai lama gila tak naik bas. Lebih 10 tahun agaknya. Agak lejen. Ok aku nak enjoy duduk dalam bas sambil main CandyCrush level 2.

-WanShah out-

Tuesday, 26 May 2015

Singgah je

Haha. Jap. Bagi abam gelak dulu. Haha. Ok dah. Aku nak update ni.

"Lama tak kemaskini blog"

Ok bye.

#singgahje

Monday, 13 April 2015

Hard punya disk! Isk!

Petang tadi, masa di opis. Dalam suasa opis yang sunyi. Masing-masing dijajahi dengan semangat jiwa yang membara rajin menatap laptop depan mata untuk mengerjakan kerja masing-masing. Tiba-tiba kedengaran sayup jer bunyi lagu dari laptop. Rupanya dari laptop Kak Marina. Aku pun tengok lah jam tangan aku. Ketuk-ketuk sikit. Gosok-gosok mata sikit.

Aku: "Dah pukul 5 suku!"

Kak Marina sambil bangun lalu ayat yg dikeluarkannya: "Yer dik! Nampak tak energy nak balik. Lain macam kan? Haha!"

Ok ni aku nak cerita sikit pasal Kak Marina ni. Aku kenal dia agak lama juga. Energy & Passion kerja dia memang tip-top! Sentiasa dedicated punya orang! Ok sambung cerita, aku pun sambung lah tengok video-video yang Kak Marina upload dalam laman Facebook produksi kami. Ehem ehem! Tiba-tiba ..

Kak Marina: "Adik!"

Aku: "Yer kak?"

Kak Marina: "Kau punya software Avid Studio tu ada dalam tu tak?" ;sambil jari telunjuk Kak Marina ditujukan ke arah belakang laptop aku yang ada lampu kebiru-biruan.

Aku: "Mana?"

Kak Marina pun tuju lagi: "Yang itu lah"

Aku: "Tak ada" sambil dengan perlahan-lahan aku keluarkan External Harddisk aku dari dalam beg ..

"Ada dalam ni kak"

Kak Marina stun kejap.

Nota: Ok bagitau aku sekarang cilakak mana yang pegi cipta laptop power charger ni rupa macam External Harddisk?!! Tak apa Kak! Saya dapat orang tu memang saya kasi dia Kungpao Jurus Langit Ke-8 Cap Kepala Kelapa Laut Afrika!

Friday, 10 April 2015

Muka

Kelas semalam:

Orang pertama: "Patut la muka dia ni pernah aku nampak!"

Orang kedua: "Memang muka fotografer pun encik ni."

Erk! Aku balas:
Kepada orang petama: Yer saya yang ambil gambar masa event hari tu.

Kepada orang kedua: Ambooii. Kau orang ni. Cuba lakarkan peta minda macam mana agaknya rupa fotografer tu yer.

Wednesday, 8 April 2015

Dia

Dia
Penyeri hidup
Pelita kegelapan
Pelengkap kekurangan
Pemanis ketawaran
Kebahagiaan kala kesedihan

Kekemasan penting untuk kekalutan
Biar tiada manis
Tapi aku ada dia

Kau untukku
Kau milikku
Kau isteriku
Kau permaisuriku
Kau segala untukku

Memang tak cukup sekadar getaran nada terima kasih
Itu yang ternukil dihati dan senyumku

Selamat ulangtahun perkahwinan ke-4

-Papa sayang mommy-

Nota: beliau tanya, "Hari ni tak ada kata-kata hikmah ke?. Aku, "Adaaaaa. Tungguuuuu".

Saturday, 4 April 2015

Produksi

Produksi sendiri.
Tapi lebih kepada terma bersama.
Sebab musabab?
Mesti la sebab ada rakan sepermainan sekali.
Woot woooottt.

Bad Cat Studios in da house!

Wednesday, 1 April 2015

Faham tak faham

1April2015 | 11:24AM | Lobi office

"Abang ada guna credit card?
Nak guna credit card tak?
Ada free gift"

Aku: "eh tak apa, saya tak nak berhutang credit card"

"Eh abang tak perlu berhutang. Ini credit card, abang guna dulu bayar kemudian."

Aku pandang dia. Aku sengih. Aku gelak. Aku blah.

Nota: apa lahanat kau ni? Tu hutang la namanya tu. Bayar kemudian! Hutang! Hutang! Hut hut hut tang! Huuuutang! Ada juga yg kena jentik hidung laju-laju! &&$#&#$-%-$*#&%%@-(%/"?$!!!

Thursday, 26 March 2015

Dari tiga ke lima

25Mar2015 | 6:53PM | Tepi Plaza Tol Subang NKVE

Lebuhraya NKVE ..
Selepas susur keluar Damansara Tol Kayu Ara
Dari tiga lane ke lima lane
Beratoq sama ja!
Masuk juga emergency lane!
Haram jadah!
Hoi! Apa ceritaaaaaaa!
Nah makan hon aku sepanjang jalan!
Pin!! Pin pin pipipiiiiinnn!!!
Ini macam kalu, jom kerja night shift
Ada syok! Dapat elaun!

Nota: adat la naik motosikal kan.

Tuesday, 24 March 2015

Order

24Mar2015 | 9:14PM | Baru lepas mandi

Aku baru lepas mandi. Syok sebab penat kerja. Balik rumah baring sekejap, lepas tu baru mandi.
Bini aku baru balik dari hospital. Katanya melawat saudara jauh sakit. Breast cancer katanya. Kesian.

Sedang aku buka laptop aku ..

Bini: pa, tolong pergi kedai beli pampers Qaireen
Aku: ok. Makan dulu lepas tu pa pergi kedai.
Pegh! Nasi tomato woi! Selesai sahaja menyantap makan malam. Aku terus capai kunci motor aku.
Qaireen: paaaa. Papa work?
Aku: (nanti dia nak ikut pula. Maklum la dah lewat malam kan) .. yer.

Tutup je pintu rumah lepas aku keluar. Start motor. Terdengar aku suara kecil dicelah-celah sliding-door. Aku cuba fokus untuk dengar sebab aku tengah duduk atas motor.

Qaireen: paaaaa. Papa work?
Aku: (soalan yang sama!) Yer kakak. Bye.
Qaireen: byyeeeeeeeee.
Aku: (melambai bagai nak pergi berjuang dimedan perang sambil disaksikan isteri dan keluarga yang merelakan aku ke medan pang demi maruah negara. Penuh bangga!)
Qaireen: paaaa. Papa beli aiskrim. Eh? Eh? Eh?
Aku: eeerrr ok!

Nota: dah pandai order!

Thursday, 19 March 2015

Aku, pingpong dan kerja

Esok kena bagi update.
Naaaalaaaaaaaa satu hapak plan pun tak ada dalam tangan.
Hahahaha!
Ok geng! Mai lepak UncleK kat TDDI.
Sembang kasi kencang bawak mai tournament seround!

**Presiden katanya. AJK pun tak dak. Jangan banyak bunyi! Aku semash nanti!

Friday, 13 March 2015

Dikala Jumaat di Masjid

13Feb2015 | 1:28AM | Dalam Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail tengah menunggu nak Solat Jumaat.

Ternampak budak-budak sekolah main-main dalam masjid ni terus buatkan aku rasa membuak-buak nak share satu cerita ni.

Asal aku pergi mana-mana masjid ternampak gelagat budak-budak sekolah main-main dalam masjid, lari sana lari sini, solat main-main, mesti aku terimbau balik memori masa sekolah dulu.

Ok. Ada seorang hamba Allah ni, kami kawan sejak sekolah rendah lagi. Satu kelas sampai tingkatan 5. Nama dia Shahrulnizam, aku panggil dia Along sahaja. Kami kalau pergi solat jumaat biasanya sama, tapi itu pun waktu sekolah sesi petang sahaja, kalau sesi pagi biasanya aku jumpa dia terus dekat masjid berdekatan dengan sekolah kami. Along ni ada perangai dia tersendiri. Dia suka ajuk apa kita buat. Kadang naik polak pun ada gak hati ni.

Nak dijadikan cerita, satu hari ni dalam masjid, tengah nak solat sunat sebelum solat jumaat (sunat kan penting sebab ustazah aku dulu kat sekolah ada cakap sunat penting untuk top-up pada amalan wajib kita). Aku ni nak dikatakan pandai bab agama tu tak lah sangat. Biasa-biasa saja. Ok. Aku dah standby. Aku berdiri elok tegak nak mulakan solat sunat. Along pun berdiri sebelah aku untuk solat sunat juga. Aku pun dalam nada suara yang perlahan memulakan ..

"Allahuakbar"

Along pun sama juga.

"Allahuakbar"

Secara tiba-tiba tekak aku gatal pulak. Tahan punya tahan aku pun terbatuk masa pertengahan surah fatihah.

"Ehem ehem ehem"

Mata aku terjeling ke kiri ternampak Along pun terbatuk.

"Ehem ehem ehem"

Hilang kushuk aku! Habisla amalan solat sunat aku ni. Dia buat daaaaaaahhh!
Aku pun pikir macam mana aku nak test Along ni untuk nak tengok dia betuk-betul batuk ke cuba nak ajuk aku. 

Tiba-tiba telinga kanan aku rasa macam ada geli-geli. Aku pun guna jari tangan kanan aku untuk garu-garu sikit. Kuang hajo! Dia pun garu juga! Aku tergelak. Dia ikut aku gelak! Kuang hajo punya kawan! Terus aku terbatalkan solat aku tu. Lepas solat jumaat aku berdoa agar amalan solat aku diterima Allah, mohon ampun mana-mana part aku solat tak betul tadi oleh angkara Along!

Along, sampai sekarang aku ingat time tu. Senget sungguh! Tapi tak akan aku lupa juga, time aku susah masa kerja, kau juga yang tolong aku. Kita saling tolong-tolong. Aku harap kita kekal kawan sampai bila-bila. Apahal tiba-tiba sedih ni! Puii! Ok. Lepas solat jumaat kami pekena nasi ayam banjir dalam bekas polesterin. Macam mana rupanya? Haaaa buka bekas polesterin, kami tuangkan semua sambal + kicap + sup sekali. Haha sangat WIN style makan! Like a boss!

Kalau korang nak tau lagi, dia satu tempat kerja dengan aku sekarang. Selalu juga kami contact dan jumpa.

Ok. Aku nak solat dulu. Lepas solat baru publish entry ni. Salam jumaat!

Tuesday, 10 March 2015

Senyumlah

10Feb2015 | 9:13AM | Dalam komuter ke pejabat

Senyumlah
Tak usah terlalu mencecah langit hidung itu
Kiri
Kanan
Depan
Belakang
Atas
Bawah
Seberang
Dimana-mana
Siapa-siapa
Senyumlah
Penawar lara yang duka
Biar lahir dari ikhlasnya hati
Walau tak kenal maka tak cinta

Dari Shah Alam ke pejabat. Terlihat kelibat dua orang sami beragama hindu dalam komuter toleh kearah aku dan senyum pabila aku capai kerusi. Balas semula. Jangan sombong!

Peluang atau PeluWANG

Kata orang peluang hanya datang sekali
Kata orang kalau peluang tak datang, kita cari peluang itu

Peluang atau PeluWANG?
Itu bukan segalanya
Empat roda juga dipapah guna bahu
Diarakkan beramai-ramai ke padang untuk tidur
Maka hadaplah depan Si Pemilik kita

Papahlah peluang yang tidak PeluWANG semata
Kerna tiba jam sesuai olehNya, yg dihitung bukanlah PeluWANG.

#cari peluang#

Monday, 9 March 2015

Praapp!!

Isnin:9 Mac 2015 9:12 pagi
Sedang berlagu-lagu hati bawa moto.
Melepasi Pusat Latihan 7-Eleven di Bangsar.
Fuhh terkenangkan saat aku menjalani latihan pada 2003 dulu.
Tiba-tiba ..
PRAAPP!!
Wayar throttle motor putus!
Apakah lahanat ini!
Ok matikan enjin.
Nasib baik boleh berhenti.
Kalau tak .. korang jangan fikir bukan-bukan!
Kalau tak, kena la aku gunakan kemahiran flintstone yang brader Fred ajar aku dulu masa zaman seronok-seronok kayuh guna kaki.
Ok sekarang aku kena beritahu isteri aku.
Selesai,
Ok sekarang kena pergi bengkel.
Nasib baik lah dekat.
Jom masuk kerja semula.
Wayar ni sudah lama bikin panas sebenarnya.
Tapi baru hari ini Dia tunjukkan supaya betulkan. Baik!!

Saturday, 7 March 2015

Kronologi tidur 2jam - Part 3

Rabu:25 Feb 2015
Ok pertama sekali jangan tanya kenapa tarikh atas tak sama dengan tarikh entry ni ditempekkan. Lempang nak?! Secara ringkasnya, aku nak dapatkan rehat secukupnya. Macam retis pula jawapan aku. Well.

Ok jom part 3!

Biar aku tempek dulu kisah malam semalam. Al-kisah al-lipur bin al-lara, aku kayuh hero 2-roda aku yang sudah pun berumur 13 tahun untuk ke Midvalley! Masa ni dah pukul 8:30 malam. Apa kejadahnya aku pergi Midvalley waktu ni?! Nanti. Sabar. Selang 12 minit. Gerak ke The Store Plaza Alam Sentral Shah Alam. Selang 11 minit. Gerak ke Tesco Shah Alam. Selang 10 minit. Jumpa! Jom balik! Esok boleh guna barang ni! Yes!

Ok. Macam yang aku tempekkan semalam, kelas aku hari ini namanya Achieving The Impossible. Penat tak habis lagi. Kaki pun macam nak tercabut. Beraksi macam "team building" semalam! Maka pagi ini, aku minta bantuan semangat! Beliau adalah Brader Hijau yang selalu bagi inspirasi "Aku tumbuq muka kao (dalam dialek orang Sabah)" dekat aku. Siapa yang tahu tempat kerja aku memang dia pernah nampak dan faham apa yang aku maksudkan.

Ok. Tunggu punya tunggu. Daripada 16, jadi 19 orang. Wahh ini lawan tauke namanya! Lagi ramai dari semalam. Lagi lah semangat aku nak berjoget! Ok fokus Wan fokus! Dilajukan, pung pang pung pang .. aktiviti jalan .. pot pet pot pet .. aku bebel .. bla bla bla .. itu ini itu ini .. tamat sudah kelas aku hari ini. Penat juga. Tak pernah aku berjoget macam ini dua hari berturut-turut.

Masuk pejabat, jenguk-jenguk borang maklum-balas. Alhamdulillah. Mereka puas dan aku boleh bayangkan senyuman yang terbit di wajah hensem-hensem dan cantik-cantik mereka.

Alamak! Bagai ala-ala ahli politik yang masih mencari identiti sekejap-sekejap naikkan minyak dan turun dan naik dan turun. Apa kau ingat ini rancangan tv "Naik tangga turun tangga"? Podah! Aku pun berkata dengan diri sendiri,

"Wan, perjuangan masih belum selesai. Esok kau ada kelas lagi!"
"Bangsat! Berturut-turut pula kelas aku kali ini!" Macam Joe Flizzow bernyanyi laju macam itulah aku dok carrot!

Effective Customer Management nama diberi. Baik! Makanan aku! Bagai kacang yang lupakan kulit tapi tak lupakan tekak aku. Kunyah jangan tak kunyah. Jom balik. Penuh dramatis aku senyum sambil berkemas untuk pulang ke rumah.

Kejap! Aku tak ada cerita aku cari apa eh? Sebenarnya aku cari puzzle untuk dibuat aktiviti masa dalam kelas. Kau tau puzzle apa? Tanyalah cepat! Tanyalah! Puzzle Thomas And Friends. Ya! Thomas! Dah diam! Ya aku berjaya buktikan kalau ada keinginan untuk mendapatkan sesuatu, biar sunguh-sunguh. Jangan macam ayam berak terbatuk-batuk!

Part 4? Penat lah! Aku nak buat entry pasal lain pula. Sekian. Tammat (aku suka ejaan lama ni. Vintage!)
Ini la Brader Hijau aku. Bro! (tabik)

Tebang dan atok dan besar

Sabtu: 7 Mac 2015 / 9:30 pagi

Aku..

"Jom ikut papa hantar atok nak naik kapal terbang, nak ikut tak?"

Qaireen dalam keadaan mata berat macam 30 guni kampit beras lantas membalas soalan aku ..

"Ha? Tebang? Ok."

Selang 30 minit lebih kurang ..
Qaireen menyapa atoknya macam biasa dengan nada manja bagai meminta didukung.

"Bye atok. Bye."

Aku dengan penuh bersemangat nak banggakan Qaireen sanggup berhentikan kereta diaur jalan besar seberang pada Lapangan Terbang Subang.

"Kakak, jom kita tengok kapal terbang."

Qaireen jawab dengan selambe "Jom!"

Selang 5 minit .. Qaireen nampak seekor burung besi yang besar baru mengepakkan sayapnya.

"Papa papa! Bye tebang! Bye!" Sambil melambai.

Aku tegur Qaireen macam iklan burung murai yang Petronas punya pada tahun 1997.

"Kakak itu KAPAL TERBANG, TER BANG"

Kalau korang nak tahu, Qaireen kalau jawab memang selambe tanpa menghiraukan aku blur atau tidak.

"Yer papa, kakak tahu la"

Tegur aku lagi dengan niat nak bagi perasaan seronok lebih membuak-buak dihati Qaireen.

"Itu atok la kakak."

Dia pun balas.

"Ye la papa, itu atok! Besar! Atok besar!"

Ok kalau korang nak tahu satu benda lagi. Bapa mertua aku memang besar. Senak juga la perut aku ni tergelak-gelak dek kerana Qaireen cakap macam tu.

Tuesday, 3 March 2015

Tulisan

Biar kadang tulisan tak cantik
Biar ayat tak indah
Asal yang tercatit di langit ternampakkan dikertas
Sikit tapi banyak
Tak faham tapi mendalam
Biarlah
Asal aku faham
Asal aku kedap
Asal aku telan

#IniKaryaAku

Friday, 27 February 2015

Kronologi tidur 2jam - Part 2

Selasa:24 Feb 2015

Boost Your Self-esteem nama diberi. Pertama kali aku run modul ni okay. Jejak kaki di ofis dan terus masuk kelas bawa mainan aku, speaker, marker, marker khas untuk trainer (baru ada class bro). Senarai nama ada 16 orang. Punyalah terkedon aku sebab yang datang 18 orang! Hoi! Seronok! .. (aku lajukan cerita, nanti korang seminit-seminit menguap kang jenuh pula aku nak sepak korang). Tamat sahaj sesi kelas aku hari ini, aku beri participant semua borang maklumbalas. Rata-rata memuaskan. Ehem ehem! Gelak la korang kan. Mesti la bangga! Tanpa tunggu banyak, bibir aku tak putus-putus ucap "syukur alhamdulillah". Sebabnya? Pertama, agak lama tak dapat kelas dengan orang seramai ni! Kedua, berbaloi tidur 2jam malam tadi! Sengeh panjang oi. Tamat sahaja kelas terus aku masuk ofis aku ingat nak rehat tapi tak boleh lama! Esok ada kelas lagi. Namanya Achieving The Impossible. Kbai.

Bersambung .. part 3

Wednesday, 25 February 2015

Kronologi tidur 2jam - Part 1

Ahad:22 Feb 2015

Neves tak tahu kenapa
Datangnya Isnin
Rupanya trainingku mula Selasa! Apakahkenapakah!!
Sedang Isnin berjalan
Training Selasa kurang orang jadi aku calling sana calling sini halo halo~
Petang Isnin dikejutkan dengan penambahan orang yang sangat terkejut beruk aku weh!
Dan finally, dah dapat 18 orang! Wooott woooottt!
Semangat waja dah aku
Sediakan nota saaaaaaaaampai pukul 8malam
Ehhhh! Bini aku ajak pergi Salak Tinggi! Sudah lewattttt!
(Aku lajukan cerita, penat lah oi)
Sampai rumah dari Salak Tinggi jam 11malam

Bersambung .. part 2

Tuesday, 17 February 2015

Sempoi

Syok baca
Pengalaman sedari kecil hingga saat ini
Banyak sangat kelopak-kelopak memori sendiri
Kadang terbayang kelibat sendiri dikala dulu
Hahaha.
Tiga kali Ha je cukup untuk aku lukiskan
Sengih mendayu ketelinga
Mampuih pi kat ang la nak tengok atas bawah aku gelak seorang diri (masa pagi tadi dalam komuter)
Memang sempoi brader Fdaus Ahmad punya idea.
Rekemen! Sila beli buku beliau! Santai dan sempoi!

Terima kasih dan noktah.

Thursday, 12 February 2015

Takdak line

Lokasi: Kg.Gudang, Jelai, Taiping, Perak
Tepat: Teratak Mak Long (kakak arwah ayahandaku)
Hari dan tarikh: Khamis, 12 Februari 2015
Masa sekarang: 2:26AM

Saat post ni pacakkan
Takdak line
Aku dah sampai
Saat post ni dibaca kalian
Dah ada line
Aku dah keluar
Beginilah kalau dikampungku
Tenang dimata
Tapi gulana dihati
Mana sang merpati nak ku sampaikan salamku padamu
Ku merinduimu hai permaisuriku dan puteriku
Jaga dirimu sebaik-baik
Sebab sini takdak line
Saat ada line
Saat tu aku kontek
Sebab sekarang ..
Takdak line

Nota kaki: sejuk woo..syok! Tataaa

Friday, 6 February 2015

Antara tepat dan betul

Bukan senang ia datang
Bukan susah ia pergi
Ya .. aku tunduk percaya pada rezeki
Kalau ada disini, disinilah dipakukan
Kalau tiada disini, pakukan dipadang lain
Fikirlah bulat sebulat-bulatnya
Suara kedua juga yang selalu mencelah
Ditanyakan ..
Adakah tepat .. atau benar

Tuesday, 27 January 2015

Syukran Si Akar

Senang nak minta
Tapi tak senang nak dapat
Senang nak dapat
Tapi tak senang nak memberi

Biar seteguk air dimakan
Biar sesuap nasi diminum
Asal kenyang dimata dan dihati

Syukran itu akarnya segala berkat
Insyaallah tak alpa

Friday, 23 January 2015

Seribu satu tinggal satu

Dalam seribu satu awan
Biar hilang seribu awan dilangit
Tinggalkanlah aku walau satu sahaja
Untuk menemani aku dikala keluh kesah
Kerna disitulah terpancarnya seorang...sahabat


awan pagi dari laman rumah

Wednesday, 21 January 2015

Semangat

Jenguh ke langit
Cahaya masih disana
Walau gelap semalam
Syukur padaMu Ya Sang Pencipta
Kerna dgn izinMu
Ku masih menghirup udara mu
Ku masih berdiri
Ku masih mampu makan
Ku masih saksikan semesta yg terbentang
Sungguh ku sayang semuanya
Moga masih disini
Semangat mungkin pucat
Tapi takkan cacat dihati
Dgn izinMu

-semangat.noktah-

Tuesday, 20 January 2015

Feras

Feras
Bila sudah jadi
Baru kita nampak boleh duduk sama meja
Atau duduk meja berbeza

Lagi feras kalau ...
Meja sama tapi tak menyapa
Makan sendiri
Minum sendiri
Sapa sendiri
Haha sendiri

Mampu senyum
Baik-baik saja tangan tadah ke Dia
Doa baik-baik

-noktah-

* feras = frust

Saturday, 17 January 2015

Karma

Karma
Hidup dilitupi dgn banyak karma
Hari-hari bersama karma
Lihat kiri
Lihat kanan
Lihat cermin
Tanya diri
Ada karma?
Macam cermin
Sebungkus tangan ke arah cermin
Sebenarnya ke arah tangan sendiri
Bila dah jadi
Ampun jadi semudah kenyitan mata
Tapi ibarat si pemadam hilang tah kemana
Tak mampu padam
Itulah karma

-noktah karma-

Friday, 16 January 2015

Tahu

Tak tahu
Tak mahu tahu
Tahu tapi buat tak tahu
Kadang pusing-pusing juga

Maaf kalau tak cerdik
Si Cerdik datang dari hati nurani
Si Pandai datang dari tolok akal

Belajar tak tinggi mana
Tapi jiwa pacak memang tinggi
Cuma tak terlihat dek sepasang mata
Kadang tercela dek sang musibat

-si kecik si rendah-

Thursday, 15 January 2015

Epal

Aku tau dgn siapa patut aku bg gelaran.
Contohnya, "abang", "kakak", "uncle", "auntie", "nenek"... dan macam-macam lg.
Sebab aku "kenal siapa" mereka.
Aku takkan tunduk semudah 1 2 3 utk mengiakan bila mendengar org lain memberikan gelaran utk mereka.
Maaf ya.
Kalau dah epal hijau, kau takkan dapat tipu org dgn kata "aku epal merah".

**takkan mengiakan**

Wednesday, 14 January 2015

Sangat Win!

Dapat belajar buat time-lapse video
Sangat win okay
Guna apa?
Telefon mudah alih sahaja
Ngeh .. (sengeh)

Kbai

Monday, 12 January 2015

Aplikasikan

Hari ni asyik nampak perkataan itu je.
Tipula kalau kata hati tak tercuit.
Tapi tak apa, itu hanya sekadar kertas.
Nuntut hingga kelangit tapi tak berkhidmat tak guna juga.
Si luncai pnh ckp, "yg penting aplikasikan apa kau yg dah belajar" ..
Bukan masa ku lagi..
Aku redha saja.
Aku layankan saja.
Aku abaikan saja.
Aku ..
.. dah.. nak mandi! Lalala..

-lalalala-

Sunday, 11 January 2015

Perhati

Aku hidup dgn prinsip yg senang
Tiada duit? Masih bernafas
Gaji kecil? Masih bernafas
Banyak masalah? Masih bernafas
Pakai biasa? Masih boleh sarung
Kereta biasa? Masih boleh jalan
Motor 12tahun? Masih teguh

Gaji besar siapa yg tak mahu
Duit banyak siapa yg tak mahu
Hidup senang siapa yg tak mahu
Kereta mewah siapa yg tak mahu
Motor super duper siapa yg tak mahu
Semuanya dunia belaka
Si Dia kalau nak tarik tu cuma dgn sekelip mata
Kerna semuanya diturunkan oleh-Nya

Jadi ...
Aku tak perlu duduk ditempat tinggi
Aku tak perlu kayuh mahal-mahal
Aku tak perlu sarung emas

Hidup biar simple
Kalau ada, adalah
Kalau tiada, tiadalah
Jangan semakkan rimba dgn byk sgt cendawan
Nanti berkulat susah

Asalkan semuanya .. kita mampu senyum

-percaya pada rezeki diberiNya-

Wednesday, 7 January 2015

Ada apa dalam poket doraemon?

Ada apa dalam poket doraemon?
Macam-macam ada.
Ubat
Lampu
Kipas
Dompet
Pewangi

..
..

Skru driver?
Roti sosej??

Ok anda hebat!

Cerita Fun 2015 bersambung lagi..

** Kalau ada pintu sukahati aku suka. Senang nak pergi kerja, bercuti, JJCM, JJCP, naik KLCC tak payah bayar... eh macam-macam lagi la, toksah nak gadoh. Hahaha!~


ini kartun paling win. pukul 7pm hari sabtu. balik dari main bola cepat-cepat.

Tuesday, 6 January 2015

Tiada Tolok Bandingnya

Hanya satu
Berilah aku piala, makan mewah, kereta laju,
Aku tetap tak bahagia,
Kerna hanya dia bahagiaku
Tiada tolok bandingnya..

Nur Asyikin Jamaluddin

Selamat ulangtahun sayang
Papa & Qaireen Sayang Mommy

Thursday, 1 January 2015

Aktifkan

Aktifkan diri untuk menangkap sang alam,
Permulaan yang bak kata si saleh "promising",
Tapi dgn izin Sang Pencipta juga,
Moga ini permulaan sesuatu yang lebih baik buatku.
Ayuh! Satu langkah diikuti dgn berpuluh langkah.

Hari ini aku disini. Taman Tasik Titiwangsa. Ini hasil tangkapanku. Hoyeah!