Saturday, 6 June 2015

Solo bukan Hans Solo

Jumaat baru-baru ni alhamdulillah masih diberi peluang oleh-Nya tunaikan Solat Jumaat dimasjid biasa berdekatan dengan opis. Ni aku nak kongsikan sikit tentang satu perbualan ni.

Aku ringkaskan.

Dalam menapak pulang ke opis dari masjid, aku follow rapat belakang seorang kawan ni. Sumpah dia tak perasan aku kat belakang dia selepas menapak hampir 200meter jugaklah. Jalan menonong! Fokus kerja agaknya kan. Positif selalu! Setolehnya dia kebelakang ..

"Ehhh WanShaaaaaahhhh!" Sapaan panjang beliau pada aku.

"Yo wassap!" Sahut aku.

"Apa cerita? Banyak solo je gua tengok lu sekarang?" Dilemparnya soalan killer beliau pada aku.

Sengeh.

Aku jawab simple dan senafas.
"Sekarang ni bro, kena belajar dah bergerak solo. Sebab nanti bila kita jatuh, belum tentu ada orang nak sahut kita. Setidak-tidaknya kalau kau jatuh masa kau dah biasa sorang-sorang, tak lah rasa kekok, melainkan kau noob. So, bergerak sendiri je la bro."

Dia sengeh. "Betul jugak tu."

Sambung menapak ke opis .. "Ehh kau main lagi tamiya?"

Cubaan menukar topik. Nice try kawan.. nice try.
Nota: ada satu watak dalam filem Star Wars namanya Hans Solo tapi gua sumpah takda kena mengena dengan cerita ni.

Thursday, 4 June 2015

Tiket KL Sentral

Ni kisah minggu lepas. Disebabkan terlalu penat, jadi aku simpan entry ni untuk aku taip hari ni dengan penuh ketenangan, sambil menikmati keindahan Shah Alam dari sudut pandangan dalam Komuter antara Stesen Shah Alam dan Stesen Batu Tiga. Memang cantik! Ok macam ni.

Masa on the way nak balik dari kerja, kejap! Intro dulu, aku sekarang ni naik Komuter dari Shah Alam - KL Sentral, kemudian naik bas U82 dari KL Sentral - TTDI. Dan begitulah sebaliknya kalau nak balik dari kerja, itu pun kalau wife aku tak dapat jemput aku kat opis. Korang faham kan? Sebab motor aku tenat kat rumah, dia degil tak nak jumpa Doktor. Biasalah bila umur makin meningkat deras kan.

Berbalik pada kisah tadi. Aku baru je sampai KL Sentral guna U82, dah la driver tu tak kejut aku sebab terlelap, kalau tak memang aku dah tawaf dah perjalanan TTDI - KL Sentral. Haha. Terpijaknya kaki aku di Stesen bas KL Sentral, aku pun menapak la ke kaunter nak beli tiket Komuter, depan aku mak cik umurnya agak kiranya dalam 50an jugak. Consider KilauanEmas la tu kan? Eh jap! Cilakak! Sebab? Ada brader Nepal ni terus cut-que depan mak cik ni. Mak cik ni tegur ..

"Excuse me sir, could you pls que-up! Everyone here is queing"

Steadylah mak cik ni! Power English beliau! Brader tu pun pergi ke belakang berserta muka yang memang mintak pelempang. Aku toleh belakang, dia kat belakang aku je rupanya! Walhal ada orang lain yg sedang jerih beratur! Aku tengok riak wajah diorg ada gaya-gaya menyirap jugak lah. Sabar ya.

"Boss, tada operasi ka ini hari?" Tanya aku kononnya pada brader polis melalui henpon aku.
Brader tu jeling aku. Haha. Ok bukan tu aku nak share. Ini dia.

Sampai je turn aku. Duit bekalan RM2.50 aku genggam erat dalam tangan aku. Aku hulur kat adik manis kat kaunter ni. Dia senyum kat aku. Aku balas dengan sipu-sipu. Ok mula dah transaksi nak beli tiket ni.

Sejurus selepas aku beli tiket, aku berlari turun tangga! Bukan tangga bergerak tu! Itu untuk org pemalas macam aku yg sebelum ni! Sekarang aku dah berubah. Tak nak guna tangga bergerak tu lagi. Terima kasih kat adik manis kaunter komuter tadi. Sebab?

"Adik, KL Sentral. KL Sentral"

Dia tenung aku lama dan sengeh.

"Adik, KL Sentral dik. KL Sentral!"

Adik tu balas "Abang dari KL Sentral ni nak pergi mana ya?"

Sebab tu aku lari turun tangga tadi.

Nota: aku cuba cari brader nepal tadi tak jumpa pulak nak ajak dia minum teh tarik mamak sebelah Monorel KL Sentral.