Saturday, 12 December 2015

Hari ini hari dia

Semalam. 11 Disember 2015.

Dapat panggilan utk tolong sahabat kat ofis utk ambil gambar di Bowling Tournament kat One Utama jam 3 petang.

Aku pun gerak dari ofis SemuaHouse ke TTDI lepas selesai Solat Jumaat. Aku ikut laluan Penchala Link. Hujan. Jadi aku berhenti sekejap kat Petronas berdekatan terowong Penchala Link tu. Sedang aku rehat setia tunggu, datang seorang pakcik.

Pakcik: "assalamualaikum nak, pakcik nak tumpang tanya ni"

"Waalaikumsalam, ye tanya apa tu pakcik"

Pakcik: "pakcik nak ke Federal Highway. pakcik rasa pakcik sesat."

"Ooo senang je pakcik. Ikut je jalan masuk ke tunnel ni, pastu pakcik ikut jalan ke Puchong. Haa tu dah kat LDP dah tu. Nanti pakcik teeeeerus je sampai pakcik jumpa signboard kata KL"

Pakcik: "ooo oklah. terima kasih ya nak"

Aku sahut terima kasih tu dgn senyuman & pesan hati-hati memandu.

Hujan berhenti. Teruskan perjalanan ke ofis. Sampai dah. Aku parking motor kat basement ofis. Duduk kat lobi ofis. Keluarkan telefon, aku mesej Nisa.

"Nisa, aku kat lobi pv ni. Mai la ambil charger ang"

Nisa: "ok jap"

Dalam pada tunggu Nisa turun, tiba-tiba gadis duduk sebelah aku kat lobi ni tegur aku.

Gadis: "aaa encik, boleh saya pinjam powerbank encik? telefon saya kehabisan bateri"

"eeerrr cik ada kabel charger? sebab saya guna iphone. port telefon kita tak sama cik."

Gadis: "ala yeke. tak apa lah encik." (dengan nada kecewa)

Selang lebih kurang 5 minit ..

Gadis: "maaf encik, boleh saya pinjam telefon encik utk saya mesej kakak saya?"

"eh boleh apa salahnya. sekejap ya"

Laju taip.

Gadis: "nah encik, terima kasih ya"

"sama-sama"

Dia ajak borak.

Gadis: "saya baru je sampai KL ni semalam. ni pertama kali saya di KL. saya baru sudah interbiu kat sini"

"ooo yeke. cik dari mana??"

Gadis: "kelantan"

Nak jugak aku try tanya "takdak rupa kelantan pun". Tapi nampak kesian dia ni takut-takut.

Datang pulak seorang lelaki ala-ala tabliq.

Tabliq: "bang, apa nama tempat ni" (dia tanya aku)

"ni Plaza VADS encik"

Tabliq: "haa sekejap-sekejap. kau cakap dengan dia." (dia cakap dengan org dalam telefon tu)

Tabliq: "encik, boleh tolong bagitau ia nama tempat ni?"

"Boleh. Boleh."

Sedang aku terangkan tentang Plaza VADS kat org tu, telefon aku berbunyi.

Krinngg!! Krinngg!! (ok ni bukan ringtone aku. tolong jangan kecam!"

Nombor siapa pulak niiiiii (bisik dalam hati)

"cik, ni kakak cik ke?" (aku tuju telefon aku kat gadis tadi)

Gadis: "eh yer yer!" (suka betul dia)

Gadis ni cakap kakak dia dah dalam perjalanan ke ofis aku utk jemput adik dia ni.

Aku pulak nak kena gegas ke OneUtama ni. Dengan rasa tak sedap hati, aku telefon kakak gadis ni.

"assalamualaikum cik, maaf cik. saya ada urusan ni. cik tau jalan nak ke ofis ni kan?"

Kakak Gadis: "haa ye ye encik, saya tau. tak apa encik, terima kasih ya"

Gegaslah aku ke OneUtama.
Sampai saja di OneUtama aku dapat mesej yg tak ku sangka-sangka. Kakak gadis tu mesej aku.

"dh jumpa dh . .tq en. wan selamatkan adik saya . .  semoga Allah s.w.t balas jasa awak :)"

Allahuakbar. Terkejut aku. Aku balaslah dgn sahutan sama-sama.

Korang tau semua tu terjadi dalam masa 30 minit!

Aku senyum. Aku syukur. Aku doa. Aku insan biasa. Hari ini hari dia.



Friday, 11 December 2015

Lut

aku mula sedar
yang dunia ini tak ubah seperti pisau kilat yang tajam.

kelihatan mahal.
menyilau pandang.
mencalar badan.
mencabar sabar.

tapi
takkan lut menghiris selagi kita semua terus memaut janji tuhan
dan
sedar atau tidak
kita semua sedang memakai baju kebal
bernama harapan.

Lut/2014/Mosyuki Borhan/Tempe & Latte