Friday, 26 February 2016

Inspirasi

Saban hari-hari,
kita dengar,
kita baca,
kita lihat,
tentang Inspirasi.

Saban hari-hari,
aku cari,
aku belajar,
aku saksi,
tentang Inspirasi.

Kini hari,
aku tahu,
apa erti sebenar
Inspirasi.

Ucap dua patah kata,
mungkin tak gunamana.

Tapi fahamlah,
aku hanya mengembara
mencari minum untuk kenyang
mencari makan untuk tiada dahaga
mencari cahaya untuk hidup.

Teruskan,
kenal dunia.
Sampai kau jumpa.
Inspirasi.


Wednesday, 24 February 2016

Jenguk jengah intai lihat

Kata fynn..

"
minta dijengukkan sang aku ini
sekala sekali di bila-bila yang disudi.
minta dijengahkan tanpa benci
sekala sekali di masa-masa yang dibagi.

minta diintaikan apakala sempat
sekala sekali di detik-detik yang dapat.
minta dilihatkan aku yang memayat
sekala sekali di waktu-waktu yang geliat.

takut-takut sudah membusuk bangkai aku
tak terperasan dek mata kamu
yang disibuk cahaya baru.

bila di masa yang dijengukjengahkan;
semoga ia adalah pada datangnya gelap malam rawan.
kerna detik di waktu itu janganlah diintailihatkan
bersuluh suriamu menjelas pandangan.

cukup-cukuplah seluruh alam menzikirpuji dia
mengkebumi aku sebelum mati.
"

Ini kata Fynn.


Buku hidup selalunya tak mati. Terima kasih Fynn.

Aku sedar

Takpa.
Aku sedar,
siapa diri aku.

Takpa.
Aku sedar,
aku pada kamu sangat menyusahkan.

Takpa
Aku sedar.
Biarlah.

Sunday, 21 February 2016

Hujung mula

Hidup ni macam pengembara sampan
Kau tahu tugas kau
Hanyutkan bersama si sampan

Tapi cuba kau tenung sekeliling
Ribut di depan
Hujan di kiri
Malap di kanan
Jauh asal ditinggal belakang.

Pilihan kau tak semestinya tepat
Terkadang betul dah cukup
Asal kau belajar,
bukan buat bodo.

Kembara dan terus lagi.
Sampai hujung,
kau pasti jumpa mula.

Ceritera kembara hujung mula


Yang hujung itu adalah mula

Sketsa pagi ahad

Tadi baru bangun tidur.

* kakak nanti dah besar nak jadi apa?

Qaireen: uuurmmmm *sambil jari telunjuk kat dagu, mata pandang atas*

* kakak nak jadi doktor?

Qaireen: tak nak lah.

* habis tu kakak nak jadi apa?

Qaireen: kakak nak jadi besar

* eeeerrrrrr.. kakak, jom teman papa basuh motor! *cubaan untuk tukar topik*

Qaireen: ooooo motor kotor yer?

* yer kotor. dirty.

Qaireen: eeeeuuuuuww busuk!

* busuk? siapa busuk?

Qaireen: motor papa lah!

* hehehehe *keluar bilik terus capai baldi & kain untuk basuh motor*

Qaireen: papa! wait for me!

Pagi-pagi dah tepuk dahi

Saturday, 20 February 2016

Awan yang nyata

Dahulu,
awan hanya berdua.
Sedepa demi sedepa,
kepulan bercambah.

Berlima,
ini yang awan mampu berikan.
Dah menapak setinggi habis.

Kini,
awan berlapan.
Ditanah langit yang luas.

Kekal,
awan yang nyata,
Dibawah sepasaang sayap,
sentiasa kekal bersama.

Puisi untuk BCS

aku, patrick, erwan, janna, ebby, mamafish, is, amx

gambar pudar itu pasti, tapi tidak pada kenangan

masa ni baru "rekrut" geng drone


Friday, 12 February 2016

Adakah

Adakah
masa dah kunjung tiba.
Untuk aku undurkan,
apa yang dipahat bak kekal dijiwa kental.

Adakah
angin yg bertiup ni,
adalah tandanya,
untuk aku campak, buang, atau tanam semua ni.

Aku tak ready lagi woi.

Sabarlah
Tabahlah

Jalan tak sentiasa lengang,
kadang jem kadang tak.

Carry on brader.
Stay strong!

Apa yang senang

Kau tahu?
Apa yang paling senang kat dunia ni?
Cakap.

Mudah.
Senang.
Simple.

Bila otak tak berhubung dengan bijaknya.
Banganglah setiap patah kata tu.

Buat tengok.
Baru kau tahu lalat tu pening macam mana.

Wednesday, 10 February 2016

Flow

Ibarat bil air kat rumah tak perlu bayar lagi.
Apa yang akan berlaku?
Kau kuasai semuanya.
Semua.
Sesekali tutup air tu walau bayar tak perlu lagi.
Renung dan sedih.

Friday, 5 February 2016

Deep thought

Deep thought
Adalah proses pabila otak memikirkan sepekara,
dengan dalamnya.
Apa yang jadi.
Kenapa ianya jadi.
Celahmana nak settle seperkara tu.
Fikir banyak,
bukan satu macam,
tapi macam-macam.
Kadang stress,
tapi banyaknya kau belajar.

Biarlah.
Si luncai dengan askarnya,
tipu-tipu manusia,
main-main bencinya.

Yang penting,
kau kena steady.
Barulah macho.

-aku yang tengah deep thought _ LRT _ Februari16-

Renung

Sedetik terlintas.
Kau kerah tulang empat kerat,
untuk siapa?
dan kenapa?
Kawan,
silakan,
dongak.
Tapi jangan lama sangat.
Diberi, senang.
Diambil, pantas!
Syukur.
Kerana Dia.

Jumaat Pertama Februari16

Thursday, 4 February 2016

Gerak

Terlalu puitiskah sesuatu itu,
ayat,
perkataan,
atau,
emosi.
Apa yang dipacakkan,
dari segenap mata terbuka,
dari sehirup nafas dihela,
dari sepasang terlinga merakam.

Sumpah,
aku tak pandai.
Sekadar mampu mikir-mikir.
Lalu aku letakkan disini.

Jangan letak penghadang didepan kau.
Kelak kau takkan mampu,
rangkak-rangkak,
jalan-jalan,
lari-lari.
Maka terduduklah kau sendiri.

Persetankan sahaja si jahat.
Gerak, akal fikir kau.

-February16 _ Gerak dari sana ke sini tapi disini-