Sunday, 27 March 2016

Fake

Jangan nak menunjuk sangat
kau fake.
Tak pasal-pasal nanti tergaru-garu
orang tau
kau fake.

Friday, 18 March 2016

Summary

Di rumah nenek (mak aku) ..

* kakak nak balik rumah ke nak tidur sini?

Qaireen: aaamm uurrmmmm aaaa..

* cepat ler. Nak balik ke nak tidur sini.

Qaireen: nak balik tidurlah.

* aku pandang mak aku, mak aku pandang aku.

Pandai dia summarize dua-duanya. Syabasss syaabaaaasss. Papa dah pening.

Monday, 14 March 2016

Syukur dikala

Kala terik,
kala gigil,
kala kering,
kala timbul.
Jangan kau mengomel
Syukurlah.
Masih ada nafas ditarik dilepas
Dia ada
Dongak klangit
Tadahlah doa
Biarlah Dia rancang

Ya Malaysia panas. Tapi jangan dimarah dicerca dikeji. Itu kerja Dia, ada sebab. Kau apa tau?! Aku pun tak tahu. Jadi, syukur, doa, redha.

Takpa

Takpa.. takpa..
Kau junjung langit puji
Kau sanjung keji diri

Takpa.. takpa..
Kau tindas bijak keringat
Kau tonjol bodoh diam

Takpa.. takpa..
Langit itu rendah
Darat ini serata

Kau kenal kelak
Takpa.. takpa..

Keringat bila dibutakan ibarat renangan penangan matahari tanpa bulan. Entah. Takpa.. takpa. 

Friday, 11 March 2016

Kemas

Aku bangun.
Aku siap.
Aku kayuh.
Aku sampai.
Aku kemas.
Aku makan.
Senyum sambil-sambil
Penuh ketenangan.

Lihatlah, banggalah, ketawalah. Aku senyum. 

Thursday, 10 March 2016

Noted

Satu surat aku terima.
Aku baca.
Aku hadam.
Aku telan.
Aku angin.
Aku sabar.
Aku balas.
Noted.

Kau wujudlah aku harap,
Agar lempar ke muka aku kata,
Bangsatlah kau si peniup kencang.

Pokok takkan bergoncang kalau tiada angin.

Sunday, 6 March 2016

Pak Atan

Rosaknya zaman kanak-kanak kau
Bila zaman kau ada Old MacDonald
Tapi zaman anak kau ada
Pak Atan.
Wahai Astro.
Siapa punya angkara ni?!



Qaireen pun layan je nyanyi. Lama kelamaan papa pun ikut. Jangan kecam!