Sunday, 22 May 2016

Yang kekal

Biar sekejap,
tapi kekal.

Biar bising,
tapi kekal.

Biar mengantuk,
tapi kekal.

Biar penat,
tapi kekal.

Bukti tawa itu pasti.
Bukti senyum itu pasti.
Aku tawa,
Aku senyum,
Aku simpan,
Itulah kegembiraan Yang Kekal.

Aktiviti wajib mingguan Qaireen @ AEON Mall Shah Alam

Sunday, 8 May 2016

Berilah ku rasa

Sekali adalah hari-hari,
sebanyak adalah berjam-jam.
Berilah ku rasa.

Jarum terdetik ketik ketik.
tidur bangkit matahari,
celik padam bulan.
Berilah ku rasa.

Pinta diminta satu sahaja,
berilah ku seminit,
Agar tahu aku jerih perih jadi ibu.
Berilah ku rasa.

Terima kasih wahai Si Ibu Madznah Binti Md Isa kerana melahir & membesarkan ku.
Terima kasih wahai Sang Isteri Nur Asyikin Binti Jamaluddin kerana melahirkan & membesarkan cinta hati Irdina Qaireen Binti Irwan Shah
Selamat Hari Ibu.

7 Mei 2016