Sunday, 18 December 2016

Izin-Nya

Aku minat pada muzik, pada seni, pada kata.
Aku bukan orang lama, tapi jiwa aku terasa lama.
Aku suka sama putihan terbang dilangit atas dan hijaunya juga langit didarat.

Kalau ada langit yg mendung, izinkan aku tadahkan cahaya.
Kalau ada keringnya tanah, izinkan aku lembutkan isinya.
Mungkin ada aku sekadar ada, bahkan tiada sememangnya tiada.
Akan aku ingat yang ada Allah bersama aku.

Dan harapnya aku ada kamu kawan-kawan kala susah ku ditimpa.

:)

18 Dis 2016 / 1149pm

Tuesday, 13 December 2016

Hello New Office!

Hello TM@Damansara !









Belum pandai lagi

Jangan pernah kau kata
"Aku pandai itu",
kerna semua ilmu itu pinjam semata.

Katakanlah
"Aku masih belum pandai",
dari situ Dia akan turunkan ilmu untuk kau.

Waallahualam.

Syukur dengan apa kau ada.

13 Nov 2016 | 1212am

Thursday, 1 December 2016

Semut

* Aida! Dah breakfast ke belom?

Aida: Dah la wan.

* Alaa baru nak ajak.

Aida: Eh aku ada bawa kuih keria. Mak aku buat.

* Yeayy! Favourite tu! Hah jangan suruh aku habiskan pulak.

Aida: Hahahaha

Dihulurnya kuih keria ada tiga ketul dalam plastik.

Aku pun makan. Dan ...

* Sedapnyaaaa!

Aida: Eh nak lagi ambil je la.

* Weii jangan letak kuih dalam plastik tu atas meja macam tu, nanti bersemut!

Aida: Ye tak ye kan.

* Letak dalam laci meja, mesti dia tak tau.

Aida: Bongok la ko wan.

* Hahahahahaha.

Aida: Takpelah, aku letak dalam cawan.

* Haa bagus jugak tu. Dia memang tak boleh masuk dalam cawan sebab licin kan.

Aida: Bongok la ko wan!!

* Hahahahahahahaha

Semut adalah penduduk tetap di ofis aku. Macam-macam ilmu dah cuba halau tapi setia betul dia.