Saturday, 18 February 2017

Stearing

Kata orang,
kalau nak tahu attitude seseorang tu,
yang mana tak ternampak dek mata dua,
dengan cara pantas dan mudah,
beri dia stearing.

Dengan kata erti lain,
suruh dia drive.

Betul kot.

Cait!

Sunday, 12 February 2017

Meja terbalik

* weh!

Kawan: padia?

* aku dapat peluang training kat luar weh!

Kawan: alhamdulillah. Rezeki hang la tu, baguih-baguih. Mesti hang seronok gila kan.

* alhamdulillah. Pesaipa pulak seronok gila?

Kawan: ye la, kalau hang tukaq department hari tu, hang mungkin tak dapat peluang-peluang macam ni.

* pandailah hang! Aku tak rasa lagu pun. Cumanya aku rasa aku buat keputusan yang betoi walaupun mungkin bukan keputusan yang bijak.

Kawan: tak ke sama dengan apa aku kata tadi?

* eh sama eh?

Kawan: *meja terbalik*

Seriously, apa sahaja keputusan kita, kena berani terima pulangannya. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Tapi usaha harus diteruskan. Jangan henti! Lari! Garis penamat masih jauh lagi!

Wednesday, 8 February 2017

Bila kau dilatih

Semalam dan hari ni adalah hari MA Convention di PICC (Putrajaya International Convention Centre) utk pekerja-pekerja Managed Accounts TM. Yer aku kerja dengan TM, Telekom Malaysia. Di bawah anak syarikatnya bernama VADS Berhad. Sebagai? Tunggu di penghujung entry ni baru aku beritahu.

Alhamdulillah.
Itu ucapan pertama yg keluar dari mulut aku sepanjang 2 hari ni.
Cukuplah sekadar aku kongsikan ..

INSIDEN PERTAMA:

Berjalanlah aku dari charging station nak ke Dewan Putra A dan B. Aku kena tempuh beberapa kumpulan booth yang ada di sepanjang jalan aku nak ke dewan tu. Sesampai je di satu booth ni, aku ditegur.

Rakan: "Eh cikgu ada kat sini lah."

* Waahh semua ada kat sini? Eh saya hari ni cuma mengambil gambar je. Jangan risau, saya tak monitor.

Rakan: "En. Irwan, tengok kami semua. Inilah hasilnya."

* Bagusnya dah ada perubahan. Kekalkan yer.

Rakan: "Terima kasih kalau bukan kerana sesi kelas hari tu, mungkin kami tak macam ni hari ni. Baiklah En. Irwan, insyaAllah kami cuba.

Aku pun Whatsapp boss-boss aku, minta mereka utk cuba tengok-tengokkan betul ke mereka ni ada perubahan. Boss aku balas "OK" sebagai tanda nanti dia tengokkan.

Boss 1: Irwan. Mereka ni menggunakan approach yang berkesan kepada orang-orang yang datang singgah di booth mereka. Pemakaian mereka pun bagus. Cumanya ada seorang ni perlu diingatkan, nafas dia tak berapa nak selesa bila nak berinteraksi dengan dia. Yang lain, semuanya bagus. Good job Irwan.

* Ye ke? Alhamdulillaaaahh. Terima kasih Syam.

Mesti tertanya-tanya apa yg aku ajar mereka dalam kelas kan?

Aku bantu mereka ni dalam topik Professional Grooming.

INSIDEN KEDUA:

Sedang aku berjalan ambil gambar dalam Dewan 6.

Nurul: Eh En. Irwan ada sini? Waahh ambil gambar yer.

* Yer saya bersama dengan rakan-rakan saya ambil gambar utk event ni. Eh tu Aizat kat atas pentas tu kan?

Nurul: Yer Aizat. Bangga tak En. Irwan tengok dia?

* Hehehe nanti saya nak jumpa dia.

Sesudah selesai dan Aizat turun dari pentas.

* Waahh Good job Aizat!

Aizat: Terima kasih En. Irwan atas tunjuk ajar & tips.

Nurul: En. Irwan mesti bangga kan?

* Saya cuma bantu beri info dan tunjuk ajar mana yg saya mampu. Selebihnya, saya tak perlu jelaskan lagi, hasil titik peluh awak semua juga.

Nurul: Smart (bergaya) tak Aizat?

* Aizat, you look stressed with those blazer buttoned.

Aizat: Alamak, yer ker? Habis tu macam mana ni?

* Piece of advice, unbutton that blazer dan sinsing lengan blazer tu. Siang-siang waktu lepas lunch macam ni, sepatutnya lebih casual and relax.

Aizat: Oooo baiklah. Terima kasih.

Rakan lain: Tengok tu, dia nampak apa yang kita semua tak nampak.

* Sekadar pengalaman jer. Kita bantu mana yg boleh, selagi boleh, selagi sempat. Betul tak?

Rakan lain + Nurul + Aizat: Betul tu!

Yang ni apa pula yg aku bantu dia? Etika diri dalam presentation.

Ok itu aku nak kongsikan. Bukan utk dibanggakan. Tapi inilah simbol motivasi aku setiap hari aku pergi kerja. Aku tak minta pujian, aku tak minta balasan. Apa yang aku harapkan pada semua, jangan pernah kita lupa jasa tenaga pengajar yg pernah berjasa dengan kita. InsyaAllah diberkati ilmu tu.

Eh kejap, aku tak beritahu lagi apa tugas aku di VADS kan? Mesti korang dah dapat teka. Aku Trainer a.k.a. Cikgu dimata mereka. Tapi dimata aku? Hanya sekadar pengembara hidup yang berkongsikan pengalaman pada dunia.

Oklah, cerita pun makin melalut. Aku dah penat ada lagi ni. Dah selesai pun dinner. Sekarang aku nak tidur. Zzzz.