Monday, 13 March 2017

Ingat pesanku

Daripada kau bangga,
baik kau syukur.
Ada juga faedahnya.

Kerna tiap yang ada,
lenyap senang sekenyit mata.
Harus sahaja kita percaya.

Bahawa beliau berdua ada,
catit akan segala baik dan cela.
Dia pasti catit.

Ingat pesanku wahai kawanku.

Syukur.

Sunday, 5 March 2017

#Renunganpagi Bgn-2

Sambungan dari Bahagian 1. Dikit demi dikit aku bangkit.

1 Dis 2016
Kasut yang pudar pasti tak sama walau digilap semula. Jangan pudar.

2 Dis 2016
Terkadang awan lelah bantu melindung, wujudnya tak terlihat, setianya tak tersanjung. Jangan lupa.

5 Dis 2016
Jangan hiraukan gagak yg bising disenjabuta, hiraukan dengungan suara dari langit. Hiraukan suara itu.

8 Dis 2016
Tak mungkinnya kau jalan tanpa tersadung. Mustahilnya kau petah tanpa terbatuk. Jangan dongak lama-lama.

9 Dis 2016
Bongkak kata "Aku punya semua!", MahaKaya kata "Kamu semua Aku yg punya.". Jangan bongkak, syukur.

13 Dis 2016
Belum diajari dah dibodohkan. Tinggi mana pun pandai belum tentu bodohnya tiada. Hormat.

14 Dis 2016
Cuba kau hidu bunga-bunga menyanyikan dondang sayang bilamana ia kembang. Tela'ah elok-elok.

20 Dis 2016
Pandanglah jauh pada yang tak terlihat, baru kau faham segala-apa erti terjadinya sesuatu itu.

23 Dis 2016
Langit untuk kau puji yangmana Dia itu Maha-Besar. Bukan untuk kau keji kala dia menangis tak henti-henti. Pujilah.

Kini tlah aku temui cahaya yg dicari lama. Alhamdulillah ku bersyukur.

#Renunganpagi Bhg-1

Koleksi post #renunganpagi dari Twitter aku Bahagian 1. Waktu ni aku di dunia yg penuh dgn gelap malap mencari cahaya semangat. Hanya Allah yg mengetahui semuanya.

1 Nov 2016
Kurapnya sicantik tak semua tahu. Tapi cantiknya sikurap akan slalu dicerca. Hormat.

2 Nov 2016
Wisdom.. is not something to be given. It is something to be, attained. Fikir.

8 Nov 2016
Tak terkeluh dek panas, tak terperluh dek hujan. Usaha. Tawakal. Syukran.

Bagai duduk kala diri, peluh tak terjumpa

9 Nov 2016
Bukanlah kuatnya tangan ditumbuk klangit menjadi pita ukur hebat, tapi kuatnya kaki berpijak dibumipaksi ini.

10 Nov 2016
Bezanya ruang dan waktu bilamana isinya tak terbaloi. Renungkan.

11 Nov 2016
Bak sinar kurnia matahari terangi pagi hari, jangan kau hentikan harapanmu, Teruskan.

14 Nov 2016
Larilah selaju mana kemana-mana, asal jangan lupa jejak tapak pulang. Pulang.

15 Nov 2016
Selangkah demi selangkah terpijak situasi baru, watak baru, dunia baru. Terima.

16 Nov 2016
Tangis, rajuk jerit suka, hampa.. itu semua penyeri hidup. Serilah hidup.

17 Nov 2016
Tegak berdiri kental berakar. Itulah pendirian. Kental.

18 Nov 2016
Hadaplah dengan tenang tiap suka, junjunglah dengan kental tiap duka. Sabarlah.

22 Nov 2016
Dalam pada melihat kulitnya, lihatlah juga isinya. Renungkan.

24 Nov 2016
Matahari kelibat tak terlihat, sinarnya senantiasa terasa. Percaya.

28 Nov 2016
Ditundingnya jari ke hidup katanya tak adil, walhal hidupt tlah terima ketidakadilan kita. Jangan tunding.

29 Nov 2016
Tiap yg malap itu kadangnya cahaya, tiap yg cahaya itu kadangnya malap. Indahnya bukan milik semua tapi milik Dia.

30 Nov 2016
Semua org tahu. Tapi tak semua sedar. Cermin.

Friday, 3 March 2017

Makan dalam

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Mari-mari tuan puan akak adik abang dengar ini cerita
Ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila
Nak panggil waras susah tak baik kalau gelar gila
Ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga titik nila

Bila masuk kerja tak pernah on time
Lepas masuk kerja dia terus online
Tak boleh buat kerja sibuk jaga hal orang lain
Tangan mengelat, kaki mengular, mulut celupar, lambat masuk, awal keluar

Siapa makan cili dia rasa pedas
Siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas
Ambil baju ukur kat badan sendiri
Baru tahu kena setepek ke tempias sipi sipi

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Kalau mahu gaji besar api kerja sambil lewa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Tak baik tau pedas kaw kaw
Eh tak boleh gurau duduk surau
Ambil mc, royan kat FB, mengadu kat SB dan MCMC

Tarbiyah sentap punca pendekar papan kunci rentap
Masa mengkritik cekap lepas itu confirm lenyap
Keberanian atas talian kejadian harian
Omong kosong untuk lotong terus disajikan

Siapa makan cili dia rasa pedas
Siapa rasa pedas kata aku cakap lepas
Semua ambil baju ukur badan sendiri
Mana tahu kena setepek ke tempias sipi sipi

Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah
Amboi amboi
Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa
Amboi amboi

Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Sampai bila orang kita layu ditolong
(Sampai bila orang kita layu ditolong)
Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku
(Ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku)
Tapi apa aku tahu aku cuma tulis lagu
(Tapi apa kami tahu kami cuma nyanyi lagu)
Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku
(Bukan nak sekolahkan korang aku bahasakan aku)

Amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
Amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

* Makan dalam woi. Baguih la ang ni Altimet. Respek!