Sunday, 16 April 2017

Tetaplah kau disitu

Dari gelap aku mencari cahaya.
Akan telah ku jumpa cahaya,
ku tercari dimana disoroknya sang gelap.

Marilah,
aku tak gentar akan gelapmu wahai cahaya.
Kerna,
aku dah lalui,
aku dah rasai,
aku dah selami,
betapa terangnya pabila gelap,
dan betapa malapnya walau bercahaya.

Jadi,
tetaplah kau sang gelap,
walau segelap manapun kau.
Kerna ku tahu,
disitu,
Kau ada.

cahaya meyusuri langit senja di Tanjung Aru, Sabah. 14 Feb 17. filter B&W.

Sunday, 2 April 2017