Wednesday, 28 June 2017

Jiwanya Lagu Raya

Lagu raya
Punya liriknya
Punya korusnya
Punya penyanyinya
yang bersuara lantang,
yang sedap dengar,
yang punya nama.

Sebaliknya
Tidak punya
pengalamannya
hatinya
jiwanya
Seperti mercun yang masuk angin.
Hangat seketika.
Kosong.
Punah harapan.
Bosan.

Dan kerna itu lagu raya 50an - 90an masih enak bila ditelan telinga dua sehingga kejiwa.

Jangan dikatakan lagu raya, hampir semua lagu macam tu. Sedih.

Salam Lebaran Aidilfitri 1438H. Maaf zahir dan batin.

Tuesday, 6 June 2017

Knowledge

Kata Oxford Dictionary.















Simpulan aku mudah saja, kukuhkan ilmu dari read more, listen more, write more, and talk more.

Insyaallah, ilmu akan bertambah dengan galaknya.

Selamat mencuba.

#cikguwanshah

Friday, 2 June 2017

Tribute to DocGila

Siapa DocGila yang aku ada sebut-sebut sejak minggu lalu? (aku ada sebut-sebut kat FB aku)

Kenalkan. Inilah Dr Azharudin Haji Akasah a.k.a DocGila. Beliau adalah seorang certified Psycologist lepasan Oxford University of England.

Aku kenal beliau melalui kursus TTT (Train-The-Trainer) yang dianjurkan oleh PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) pada 22  - 26 Mei 2017 lalu.

Dengan pemakaian yang sangat simple.. berseluar jeans, t-shirt roundneck ala-ala beli kat bundle yang tak payah tuck-in pun, berserta snowcap beliau. Sangat-sangat sempoi beb!

Antara pengalaman paling tak boleh blah bila soalan yang ditanya dalam kelas sangatlah ringkas tapi dia ambil masa selama hampir 1 jam untuk jawab dan jelaskan jawapan beliau tu. Win! Lengkap weh!

Beliau telah banyak berkongsi pengalaman berharga, tips-tips menjadi seorang 'pendidik' cemerlang, dan tak lupa juga mencurahkan ilmu yg sangat-sangat susah untuk dicari orang. Secara jujurnya, pendidik macam ni la yang aku cari-cari selama ni. Teramatlah sempoi, telus, dan komited dengan title beliau sebagai seorang 'pendidik'.

Doc, terima kasih atas tunjuk ajar sepanjang tempoh 5 hari lalu. Insyaallah, offer Doc tu kami akan kejar nanti. Doc tunggu je. Macam Doc ada kata baru-baru ni dalam Whatsapp group kita, 'rugilah anak murid bilamana bla bla bla pot pet pot pet' .. hehe jgn marah aaa Doc.

Moga Allah lanjutkan usia Doc untuk terus mencurahkan ilmu Doc tu pada generasi-generasi akan datang.

#DocGila #TrainerSempoi #PSMB


Dari kiri berdiri: DocGila, Fairoz, Keen29, Irwan (nama sama daaa dgn aku), Till, Roey, Syafiq, Amirul, En Basri sempoi, Bang Mat.
Duduk dari kiri: Kak Ida, Fatin, Nad, akuuuuuuu.