Friday, 25 August 2017

jangan kau risau

tlah kau merasakan ketakutan
menjalar di dalam fikiranmu
dan ada arus hadir
pukulannya yang kuat
ingin menelan kau
dan disitu kau tahu
kau tak mampu bergerak tindak
kau hilang kawalan tatkala yang hilang itu
tidak pulang
justru lutut dipacak ke tanah
dahi kau ciumkan lantai mahal
lantas kau seru-seru nama maha-agung
jangan kau risau
jangan pernah risau
kerna diatas sana
ada yang maha-satu
maha-segalanya
ada untuk kau




Thursday, 24 August 2017

komplikasi syukur

memang senang
tapi susah yang teramat
untuk kau himpun kembali
semua kolaj-kolaj lalu

memang senang
tapi susah teramat
bila kau cuba 'move on'
semua terimbas kala kau menung

memang susah
tapi senang teramat
bila kau fikir elok-elok
semuanya lalu dan singgah

aku bersyukur.


Monday, 21 August 2017

Hora horey! .. noob!


hora horey!
ilmu ni.
baru tau macam mana nak letak gambar utk album lagu.
noob!

Friday, 18 August 2017

Nistaan

tanah yang kau pijak tak sama sepertinya dulu,
dahulunya jiwanya lembut, juga mudah dikaut
kini keras sekeras, tak bisa termakan dek kautan tangan
janganlah kau nistaan dunia kian mati ini
kerna di hati kau pasti juga mati dek nistaan itu.

inilah dunia dusta penuh nistaan yang mematikan hati.


Monday, 14 August 2017

Inside Out

Qaireen: papa!

* yer sayang.

Qaireen: inside out ada dalam otak kakak.

* ye ke?

Qaireen: iyer lah.

Ok inilah masa nak test tuan puteri ni.

* kalau kakak happy?

Qaireen: Joy!

* kalau kakak sedih, menangis kena marah dengan papa & mommy?

Qaireen: Sadness~

* kalau kakak takut?

Qaireen: FEAR!

* kalau papa dengan mommy marah kakak tapi kakak marah papa dengan mommy balik?

Qaireen: Anger! Ggggrr!

Ok kita test lagi. Macam pandai sangat ni.

* kalau kakak nyanyi-nyanyi sebab kenyang makan?

Qaireen: Alif dan Sofia!

*blur kejap*

* siapa pulak Alif dan sofia? bila pulak inside out ada Alif dan sofia?

Qaireen: bukan la papa! macam nii (dia nanyi lagu)

Ni la Alif dan Sofia. Hahahaha. Papa terkono!

Sunday, 6 August 2017

Tuesday, 1 August 2017

Nice. Be nice. Nice.

Macam mana kau nak dapat nice sedangkan,
.. bersedekah pun berkira,
.. solat dilewat-lewatkan,
.. lupa anak-anak yatim,
.. tak mendoakan kesejahteraan ibu bapa,
.. macam-macam.

Kau nice dahulu dengan ..
.. mak ayah,
.. diri sendiri,
.. adik-beradik,
.. kawan-kawan,
.. sahabat handai,
.. orang tua yang nak sampai tapi kau duduk selesa kat kerusi tu,
.. orang bagi signal nak tukar lane,
.. macam-macam.

Tapi yang paling atas sekali dari list atas ni ..
.. Allah S.W.T.

Baru kau dapat nice yang kau cari-cari tu.

Kalendar tak dapat beri kau nice tu.

Pandai.