Thursday, 5 October 2017

betulkan

kita dok sibuk betulkan orang,
tapi ralit betulkan diri sendiri.
apa cerita?
lepuk sikit dahi tu.

Tuesday, 3 October 2017

redha

aku pernah suarakan
yang kau boleh minta apa yang kau inginkan
tapi tak semua yang kau boleh dapat
hadapilah dengan penuh rasa redha

redha

Sunday, 1 October 2017

hotel bangi-putrajaya





golekkan dadu

golekkan dadu itu
bila terjadinya seperkara itu
kau marah
kau suka
kau kecewa
kau gembira

golekkan dadu itu
mintalah apa kau mahu
akan tapi kau harus tahu
dua tiga kau tunduk setuju
empat lima kau melutut keliru
begitu jugalah hari-hari kau

jadi

golekkan sahaja dadu itu
serahkan pada yang Satu
dan kau usahakanlah arah tujumu

#golekkandaduitu #wanshahpunyabelog #cikguwanshah


tulisan pulang kerja

lampu merah
yang kau anggap
punca penghalang menang
buat langkah kau terhenti
hati senyap
tak mampu bercakap
lantas langkah suaramu
dipanjangkan selari sesama
marah
herdik
keji
caci
bernafsu bila bertutur kata
aku faham

namun
kau harus tahu
dan kau harus faham
tiap langkahan
harus ada rehat dan rawat
walau penat kaki kayuh berjalan
ianya harus juga bernafas rehat lega
dan setibanya kau sampai dipenghujung jalan
terdengarlah suara hati berkata menyahut
"alhamdulillah.. akhirnya sampai juga"

tulisan pulang kerja

#tulisanpulangkerja #wanshahpunyabelog #cikguwanshah


the moment

moment will always come and go
but magical moment are always comes once in a blue moon

seize it
capture it
feel it
learn from it

#MenaraTMONE #cikguwanshah #wanshahpunyebelog #bukanITclowntuOK


kongsi. ajari. tunjuklah.

dalam hidup yang satu ini
memang susah untuk kau belajar
sedangkan hati yang harus bersama jiwa nurani
terkadang tak sewarna dan tak sejajar

dalam hidup yang satu ini
kadang yang senang itulah yang susah
walau terlinga yang dua terbisik "lupakan semua ini"
berbalah hebat dengan jiwa tak terpatah

begitulah hidup
yang slalu kau dengar
"bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah." ilmu memang boleh dicari
akan tapi ilmu kau tela'ah
jika kau simpan bersama kesenangan lampau
pasti pudar dihina keji

kongsilah
ajarlah
tunjuklah
moga bermanfaat bersama
untuk kau bawa ke sana

#butterfly #motivationalprogram #spancomalaysia #cikguwanshah #wanshahpunyebelog

Kejarlah

melihat kau sergam indah dari bawah
makin membuak-buak untuk ku kepuncak
melihat kau dikagumi pari-pari bumi
makin meninggi semangat ingin dipuji disanjung tinggi

akan tapi
bila tiba dipuncak
mata hati aku terbuka
bukan dipuncak yang patut ku kejar
bukan pujian dan sanjungan yang patut ku kejar
tapi indahnya langit semesta alam
hiasan tanah keras dibawah langit yang dijunjung

itulah yang patut dikejar aku
kau 
dia
semua

kejarlah.

#kejarlah #menarakl #wanshahpunyebelog #cikguwanshah


mercu kebanggaan

sergam indah
mencakar tinggi
ditenung bangga
hasil bakti si tuan doktor
legasi dipacak dipusat jiwa bangsa
terima kasih Tun M
bangga aku dengan mercu tinggi ini

#merdeka #tunm #menarakl


Hari Selamanya

Semalam,

hari ini,

esok,

selamanya.

Hidupkanlah,

serikanlah,

terangilah,

jalan hidup aku.


Sang Mentari

cerahlah
sinarilah
marilah

aku perlu kau
mencerahkan
menyinarikan
kemarilah

sang matahari