Sunday, 26 November 2017

Formula tangani STRESS

Ok hari ni aku nak berkongsi tentang bacaan yg pernah aku telaah. Tangani STRESS!

Related image

Sebagai muqadimah, Stress ni boleh dikatakan suatu hasil penciptaan pemikiran yang tak betul. Ianya juga boleh dikategorikan sebagai sakit emosi yang menunjukkan bahawa ada sesuatu yang perlu kita diubah. Tetapi bila kita perhatikan semua orang di sekeliling kita, mereka juga mengalami stress, kita cenderung untuk percaya bahawa untuk rasa stress sikit tu kononnya bagus, ianya semulajadi, ketara dan normal la pada zaman sekarang ni.

Tak betul tu!

Stress boleh mendatangkan kesan terhadap fizikal dan emosi kita. Ianya memberi kesan kepada kecekapan, memori, keupayaan membuat keputusan dan mengurangkan prestasi kita dari pelbagai aspek. Jadi, tak kisahlah macam mana stress level kita pun, ianya tetap membinasakan kita.

Nak ukur Stress level ni sebenarnya ada formula yg sangat simple...













STRESS = PRESSURE / RESILIENCE

Macam mana nak kira? Ok ini part aku nak kongsikan macam mana kita nak kira:

Pressure = Situasi (seperti sasaran, deadlines, peperiksaan, matlamat, masalah kesihatan, hubungan)
Resilience = Kekuatan dalaman kita (seperti kesucian, kedamaian, kuasa, kebahagiaan, kebahagiaan, kebijaksanaan, cinta)

So, dengan erti kata lain, Stress adalah sama dengan Pressure yang dibahagikan dengan Resilience.

Ok korang faham dan hadamkan dulu erti formula tu.

Tapi... soalnya sekarang ni macam mana nak tangani? Sebenarnya jawapannya ada pada formula tu sendiri.

Macam ni. bila kita tingkatkan lagi Resilience kita, Stress kita akan berkurangan. Kita akan emosi menjadi lebih stabil, sentiasa tenang dan happy. Tapi bila Resilience kita rendah, sekecil-kecil situasi pun boleh menjadikan kita stress yg teramat sangat.

Senang kan?

Tak kiralah dalam apa jua situasi pun, kita perlu mengambil langkah serious untuk meningkatkan tahap Resilience kita. Kerana apabila kita mampu mengawal sesuatu situasi, kita mampu hadapi apa jua situasi mendatang.

Related image

Sekian perkongsian. Harap berguna untuk semua.

Kalau datang lagi mood menulis aku ni, aku pasti akan kongsi.

#tanganistress #cikguwanshah #lensahidup

Saturday, 18 November 2017

golekkan dadu

golekkan dadu itu
bila terjadinya seperkara itu
kau marah
kau suka
kau kecewa
kau gembira

golekkan dadu itu
mintalah apa kau mahu
akan tapi kau harus tahu
dua tiga kau tunduk setuju
empat lima kau melutut keliru
begitu jugalah hari-hari kau

jadi

golekkan sahaja dadu itu
serahkan pada yang Satu
dan kau usahakanlah arah tujumu




ke boleh an

kebolehan
adalah sesuatu yang
kau sendiri punya rasa
kau sendiri mampu kata
kau sendiri mampu bina

jadi
jangan biarkan si jahanam menjahanamkan kebolehanmu
ah pedulilah! lalu kata dirimu
aku boleh!
yakinlah dengan kebolehan sendiri

dibenci dibenci

jangan kau kisah
kalau ada yang membenci
kalau ada yang mengeji
kalau ada yang mencaci
kerna itu hak mereka

jadi

kau harap agar mereka tak kisah
kalau kau membenci
kalau kau mengeji
kalau kau mencaci
kerna itu hak kau

what goes around, comes around