Saturday, 29 November 2014

Dibalik tirai senyum

Nampak nyaman senyumannya,
Tak ternilai hati budinya,
Riang tawa tatkala keperluan diberi,
Mereka melemparkan senyuman itu,
Ya Allah,
Sejahterakan mereka semua,
Ampunkan dosa ibubapa mereka baik yg masih ada ataupun yg dah berangkat menemuimu.
Ya Allah,
Sesungguhnya Kau yg Maha-Kuasa memberikan semangat dan tenaga utk mereka meneruskan hidup sebelum malaikatMu menjemput mereka.
Inilah pengalaman pertamaku bersama anak-anak yatim.
Aku bersyukur kerna ku masih punya ibu.
Ayahku dah pergi menemui Dia Si Pencipta.
Peliharalah mereka ini dgn penuh kasih mesra.
Kerana ganjarannya tak terkira kelak.
Memori bersama anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Barokah Wal Mahabbah, Sepang

Thursday, 27 November 2014

Kurang

Biar kurang makan, asalkan jangan kurang ajar.
Seperti kata-kata Dwayne "The Rock" Johnson

"Know your role, and shut your mouth"

-tak paham-

Sunday, 23 November 2014

Suluhkan

Hidup ni mcm lampu,
Duniawi perlukan kau utk sedapkan & selesakan mata,
Agar terang dan tenang mata dan hati,
Tatkala malam tidur dan siang berjaga,
Duniawi mampu senyum sendiri tanpa kita.
Pabila malam nak berjaga,
Itulah saat kau diperlukan.

Jangan pernah lupa
Jangan pernah leka
Jangan pernah bangga

Indanya ciptaan Yang Maha Esa

kala malam baru bangkit, kala itu siang ingin lelap

Friday, 21 November 2014

Anjakkan Jauh

Anjakkan jauh fikiran kau,
Jangan tersedak di tingkat 13,
Tak nak lagi fikir sang penolakkan,
Biar penambahan dipaku di akal yg tak terbias dengan ilmu,
Ilmu kertas boleh dibaca, tapi ilmu dihati perlu dipahat.

Anjakkan jauh fikiran kau,
Supaya kau nampak gajah didepan, bukannya kuman,
Aku, kau, dia, mereka, semua, ada pusing akalnya,
Tapi jangan sesekali terlutut sebelum mula menapakkan ibu jari kakimu,

 Anjakkan jauh fikiran kau.

-khas-

Ilmu takkan haus dipahat - gambar ihsan google-image.

Wednesday, 19 November 2014

Hidup

Hidup,
Terkadang pandai mengajar,
Tapi hebat pada gagal belajar.

Hidup,
Terkadang kenyang dimata,
Tapi tak hadam dihati,

Hidup,
Terkadang pandai terbang,
Tapi tak bijak mendarat.

Hidup,
Terkadang buta diakal,
Tapi celik difikirannya.

Hidup,
Terkadang rasa nak berkejar ke nun diatas
Tapi penuh pemberat dipunggungnya.
Inilah hidup. Tak sentiasa sempurna. Aku bukan superman. Maaf atas segala khilafku.

-Aku Si khilaf-

Tak Syiok

Apa yg tak syiok?
Mood hari ni. Tak syiok.
Sekian.

Noktah

Tuesday, 18 November 2014

Senang

Senang,
Tak jenuh nak pandang jauh.
Jenguk balik serambi jer.

Biar senang, asal jangan penat.

Monday, 17 November 2014

Terus Teguh

Jangan patah semangat,
Tegak jangan rapuh,
Walau beliung mencuit,
Terus teguh,
Tak gigil dek lontaran angin,
Nawaitu dah ditetapkan,
Terus teguh.

Berdiri Teguh.

Permulaan minggu yang pudar. Terus teguh

Sunday, 16 November 2014

TERBANG TUNDUK

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.

Lagu : Terbang Tunduk
Artis : Fynn Jamal


 

Aku suka lagu ni ....

Setinggi-tinggi terbangnya kite,
Jgn lupa mendarat utk hargai udara yang diserap,
Hidung biar mancung,
Tapi jgn tayang pintunya sangat,
Moga kekal berdiri guna 10 jari sendiri.

Terbanglah tinggi-tinggi


Life

Life is like "a cup of teh tarik"

Treasure, feel, enjoy the teh tarik, not the cup.

.. Chechecheeewahhh post pertama dlm omputih. Lol ..

TAK NAMPAK-NAMPAK

Tunggu dan tunggu,
Penat la mcm ni,
Jenuh la bulan lepas cepat,
Dah jenuh tunggu.

Tunggu dan tunggu,
Sempit mcm duduk celah batu,
Nasib baik boleh tumpang,
Dah jenuh tunggu.

Tunggu dan tunggu,
Lebih sebulan hoi,
Jadi alasan tak jamah,
Dah jenuh tunggu.

Sempit dan sempit ... cepat ler gaji.. sob sob~

Saturday, 15 November 2014

TABIK

Memang senang nak tabik.
Tapi bkn main beli mcm choki-choki kat kedai.
Kalau dpt beli pun, mcm biskut rendam dlm nescafe panas ... lemau

Toink toink

Friday, 14 November 2014

Minat Dan Seronok

Seminggu tanpa didepan,
Boringnye tenung depan komputer,
Harap minggu depan dapat tukar buku cerita ni,
Minat dan Seronok berdiri depan,
Senyum dan gelak buat aku puas,
Tak kejar nak pakai emas piala pun,
Cuma kongsi apa dah alami mata dan badan.

IniSeronokDanMinatku

sambut profile picture. lol

Thursday, 13 November 2014

Pertama

Mulanya disini.
Apa yg aku nampak, rasa. fikir. tenung. suka. kurang.
Disini.

Baru,
Ironman

Memang aku suka karakter orang-besi ni