Thursday, 26 March 2015

Dari tiga ke lima

25Mar2015 | 6:53PM | Tepi Plaza Tol Subang NKVE

Lebuhraya NKVE ..
Selepas susur keluar Damansara Tol Kayu Ara
Dari tiga lane ke lima lane
Beratoq sama ja!
Masuk juga emergency lane!
Haram jadah!
Hoi! Apa ceritaaaaaaa!
Nah makan hon aku sepanjang jalan!
Pin!! Pin pin pipipiiiiinnn!!!
Ini macam kalu, jom kerja night shift
Ada syok! Dapat elaun!

Nota: adat la naik motosikal kan.

Tuesday, 24 March 2015

Order

24Mar2015 | 9:14PM | Baru lepas mandi

Aku baru lepas mandi. Syok sebab penat kerja. Balik rumah baring sekejap, lepas tu baru mandi.
Bini aku baru balik dari hospital. Katanya melawat saudara jauh sakit. Breast cancer katanya. Kesian.

Sedang aku buka laptop aku ..

Bini: pa, tolong pergi kedai beli pampers Qaireen
Aku: ok. Makan dulu lepas tu pa pergi kedai.
Pegh! Nasi tomato woi! Selesai sahaja menyantap makan malam. Aku terus capai kunci motor aku.
Qaireen: paaaa. Papa work?
Aku: (nanti dia nak ikut pula. Maklum la dah lewat malam kan) .. yer.

Tutup je pintu rumah lepas aku keluar. Start motor. Terdengar aku suara kecil dicelah-celah sliding-door. Aku cuba fokus untuk dengar sebab aku tengah duduk atas motor.

Qaireen: paaaaa. Papa work?
Aku: (soalan yang sama!) Yer kakak. Bye.
Qaireen: byyeeeeeeeee.
Aku: (melambai bagai nak pergi berjuang dimedan perang sambil disaksikan isteri dan keluarga yang merelakan aku ke medan pang demi maruah negara. Penuh bangga!)
Qaireen: paaaa. Papa beli aiskrim. Eh? Eh? Eh?
Aku: eeerrr ok!

Nota: dah pandai order!

Thursday, 19 March 2015

Aku, pingpong dan kerja

Esok kena bagi update.
Naaaalaaaaaaaa satu hapak plan pun tak ada dalam tangan.
Hahahaha!
Ok geng! Mai lepak UncleK kat TDDI.
Sembang kasi kencang bawak mai tournament seround!

**Presiden katanya. AJK pun tak dak. Jangan banyak bunyi! Aku semash nanti!

Friday, 13 March 2015

Dikala Jumaat di Masjid

13Feb2015 | 1:28AM | Dalam Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail tengah menunggu nak Solat Jumaat.

Ternampak budak-budak sekolah main-main dalam masjid ni terus buatkan aku rasa membuak-buak nak share satu cerita ni.

Asal aku pergi mana-mana masjid ternampak gelagat budak-budak sekolah main-main dalam masjid, lari sana lari sini, solat main-main, mesti aku terimbau balik memori masa sekolah dulu.

Ok. Ada seorang hamba Allah ni, kami kawan sejak sekolah rendah lagi. Satu kelas sampai tingkatan 5. Nama dia Shahrulnizam, aku panggil dia Along sahaja. Kami kalau pergi solat jumaat biasanya sama, tapi itu pun waktu sekolah sesi petang sahaja, kalau sesi pagi biasanya aku jumpa dia terus dekat masjid berdekatan dengan sekolah kami. Along ni ada perangai dia tersendiri. Dia suka ajuk apa kita buat. Kadang naik polak pun ada gak hati ni.

Nak dijadikan cerita, satu hari ni dalam masjid, tengah nak solat sunat sebelum solat jumaat (sunat kan penting sebab ustazah aku dulu kat sekolah ada cakap sunat penting untuk top-up pada amalan wajib kita). Aku ni nak dikatakan pandai bab agama tu tak lah sangat. Biasa-biasa saja. Ok. Aku dah standby. Aku berdiri elok tegak nak mulakan solat sunat. Along pun berdiri sebelah aku untuk solat sunat juga. Aku pun dalam nada suara yang perlahan memulakan ..

"Allahuakbar"

Along pun sama juga.

"Allahuakbar"

Secara tiba-tiba tekak aku gatal pulak. Tahan punya tahan aku pun terbatuk masa pertengahan surah fatihah.

"Ehem ehem ehem"

Mata aku terjeling ke kiri ternampak Along pun terbatuk.

"Ehem ehem ehem"

Hilang kushuk aku! Habisla amalan solat sunat aku ni. Dia buat daaaaaaahhh!
Aku pun pikir macam mana aku nak test Along ni untuk nak tengok dia betuk-betul batuk ke cuba nak ajuk aku. 

Tiba-tiba telinga kanan aku rasa macam ada geli-geli. Aku pun guna jari tangan kanan aku untuk garu-garu sikit. Kuang hajo! Dia pun garu juga! Aku tergelak. Dia ikut aku gelak! Kuang hajo punya kawan! Terus aku terbatalkan solat aku tu. Lepas solat jumaat aku berdoa agar amalan solat aku diterima Allah, mohon ampun mana-mana part aku solat tak betul tadi oleh angkara Along!

Along, sampai sekarang aku ingat time tu. Senget sungguh! Tapi tak akan aku lupa juga, time aku susah masa kerja, kau juga yang tolong aku. Kita saling tolong-tolong. Aku harap kita kekal kawan sampai bila-bila. Apahal tiba-tiba sedih ni! Puii! Ok. Lepas solat jumaat kami pekena nasi ayam banjir dalam bekas polesterin. Macam mana rupanya? Haaaa buka bekas polesterin, kami tuangkan semua sambal + kicap + sup sekali. Haha sangat WIN style makan! Like a boss!

Kalau korang nak tau lagi, dia satu tempat kerja dengan aku sekarang. Selalu juga kami contact dan jumpa.

Ok. Aku nak solat dulu. Lepas solat baru publish entry ni. Salam jumaat!

Tuesday, 10 March 2015

Senyumlah

10Feb2015 | 9:13AM | Dalam komuter ke pejabat

Senyumlah
Tak usah terlalu mencecah langit hidung itu
Kiri
Kanan
Depan
Belakang
Atas
Bawah
Seberang
Dimana-mana
Siapa-siapa
Senyumlah
Penawar lara yang duka
Biar lahir dari ikhlasnya hati
Walau tak kenal maka tak cinta

Dari Shah Alam ke pejabat. Terlihat kelibat dua orang sami beragama hindu dalam komuter toleh kearah aku dan senyum pabila aku capai kerusi. Balas semula. Jangan sombong!

Peluang atau PeluWANG

Kata orang peluang hanya datang sekali
Kata orang kalau peluang tak datang, kita cari peluang itu

Peluang atau PeluWANG?
Itu bukan segalanya
Empat roda juga dipapah guna bahu
Diarakkan beramai-ramai ke padang untuk tidur
Maka hadaplah depan Si Pemilik kita

Papahlah peluang yang tidak PeluWANG semata
Kerna tiba jam sesuai olehNya, yg dihitung bukanlah PeluWANG.

#cari peluang#

Monday, 9 March 2015

Praapp!!

Isnin:9 Mac 2015 9:12 pagi
Sedang berlagu-lagu hati bawa moto.
Melepasi Pusat Latihan 7-Eleven di Bangsar.
Fuhh terkenangkan saat aku menjalani latihan pada 2003 dulu.
Tiba-tiba ..
PRAAPP!!
Wayar throttle motor putus!
Apakah lahanat ini!
Ok matikan enjin.
Nasib baik boleh berhenti.
Kalau tak .. korang jangan fikir bukan-bukan!
Kalau tak, kena la aku gunakan kemahiran flintstone yang brader Fred ajar aku dulu masa zaman seronok-seronok kayuh guna kaki.
Ok sekarang aku kena beritahu isteri aku.
Selesai,
Ok sekarang kena pergi bengkel.
Nasib baik lah dekat.
Jom masuk kerja semula.
Wayar ni sudah lama bikin panas sebenarnya.
Tapi baru hari ini Dia tunjukkan supaya betulkan. Baik!!

Saturday, 7 March 2015

Kronologi tidur 2jam - Part 3

Rabu:25 Feb 2015
Ok pertama sekali jangan tanya kenapa tarikh atas tak sama dengan tarikh entry ni ditempekkan. Lempang nak?! Secara ringkasnya, aku nak dapatkan rehat secukupnya. Macam retis pula jawapan aku. Well.

Ok jom part 3!

Biar aku tempek dulu kisah malam semalam. Al-kisah al-lipur bin al-lara, aku kayuh hero 2-roda aku yang sudah pun berumur 13 tahun untuk ke Midvalley! Masa ni dah pukul 8:30 malam. Apa kejadahnya aku pergi Midvalley waktu ni?! Nanti. Sabar. Selang 12 minit. Gerak ke The Store Plaza Alam Sentral Shah Alam. Selang 11 minit. Gerak ke Tesco Shah Alam. Selang 10 minit. Jumpa! Jom balik! Esok boleh guna barang ni! Yes!

Ok. Macam yang aku tempekkan semalam, kelas aku hari ini namanya Achieving The Impossible. Penat tak habis lagi. Kaki pun macam nak tercabut. Beraksi macam "team building" semalam! Maka pagi ini, aku minta bantuan semangat! Beliau adalah Brader Hijau yang selalu bagi inspirasi "Aku tumbuq muka kao (dalam dialek orang Sabah)" dekat aku. Siapa yang tahu tempat kerja aku memang dia pernah nampak dan faham apa yang aku maksudkan.

Ok. Tunggu punya tunggu. Daripada 16, jadi 19 orang. Wahh ini lawan tauke namanya! Lagi ramai dari semalam. Lagi lah semangat aku nak berjoget! Ok fokus Wan fokus! Dilajukan, pung pang pung pang .. aktiviti jalan .. pot pet pot pet .. aku bebel .. bla bla bla .. itu ini itu ini .. tamat sudah kelas aku hari ini. Penat juga. Tak pernah aku berjoget macam ini dua hari berturut-turut.

Masuk pejabat, jenguk-jenguk borang maklum-balas. Alhamdulillah. Mereka puas dan aku boleh bayangkan senyuman yang terbit di wajah hensem-hensem dan cantik-cantik mereka.

Alamak! Bagai ala-ala ahli politik yang masih mencari identiti sekejap-sekejap naikkan minyak dan turun dan naik dan turun. Apa kau ingat ini rancangan tv "Naik tangga turun tangga"? Podah! Aku pun berkata dengan diri sendiri,

"Wan, perjuangan masih belum selesai. Esok kau ada kelas lagi!"
"Bangsat! Berturut-turut pula kelas aku kali ini!" Macam Joe Flizzow bernyanyi laju macam itulah aku dok carrot!

Effective Customer Management nama diberi. Baik! Makanan aku! Bagai kacang yang lupakan kulit tapi tak lupakan tekak aku. Kunyah jangan tak kunyah. Jom balik. Penuh dramatis aku senyum sambil berkemas untuk pulang ke rumah.

Kejap! Aku tak ada cerita aku cari apa eh? Sebenarnya aku cari puzzle untuk dibuat aktiviti masa dalam kelas. Kau tau puzzle apa? Tanyalah cepat! Tanyalah! Puzzle Thomas And Friends. Ya! Thomas! Dah diam! Ya aku berjaya buktikan kalau ada keinginan untuk mendapatkan sesuatu, biar sunguh-sunguh. Jangan macam ayam berak terbatuk-batuk!

Part 4? Penat lah! Aku nak buat entry pasal lain pula. Sekian. Tammat (aku suka ejaan lama ni. Vintage!)
Ini la Brader Hijau aku. Bro! (tabik)

Tuesday, 3 March 2015

Tulisan

Biar kadang tulisan tak cantik
Biar ayat tak indah
Asal yang tercatit di langit ternampakkan dikertas
Sikit tapi banyak
Tak faham tapi mendalam
Biarlah
Asal aku faham
Asal aku kedap
Asal aku telan

#IniKaryaAku