Sunday, 18 December 2016

Izin-Nya

Aku minat pada muzik, pada seni, pada kata.
Aku bukan orang lama, tapi jiwa aku terasa lama.
Aku suka sama putihan terbang dilangit atas dan hijaunya juga langit didarat.

Kalau ada langit yg mendung, izinkan aku tadahkan cahaya.
Kalau ada keringnya tanah, izinkan aku lembutkan isinya.
Mungkin ada aku sekadar ada, bahkan tiada sememangnya tiada.
Akan aku ingat yang ada Allah bersama aku.

Dan harapnya aku ada kamu kawan-kawan kala susah ku ditimpa.

:)

18 Dis 2016 / 1149pm

Tuesday, 13 December 2016

Hello New Office!

Hello TM@Damansara !









Belum pandai lagi

Jangan pernah kau kata
"Aku pandai itu",
kerna semua ilmu itu pinjam semata.

Katakanlah
"Aku masih belum pandai",
dari situ Dia akan turunkan ilmu untuk kau.

Waallahualam.

Syukur dengan apa kau ada.

13 Nov 2016 | 1212am

Thursday, 1 December 2016

Semut

* Aida! Dah breakfast ke belom?

Aida: Dah la wan.

* Alaa baru nak ajak.

Aida: Eh aku ada bawa kuih keria. Mak aku buat.

* Yeayy! Favourite tu! Hah jangan suruh aku habiskan pulak.

Aida: Hahahaha

Dihulurnya kuih keria ada tiga ketul dalam plastik.

Aku pun makan. Dan ...

* Sedapnyaaaa!

Aida: Eh nak lagi ambil je la.

* Weii jangan letak kuih dalam plastik tu atas meja macam tu, nanti bersemut!

Aida: Ye tak ye kan.

* Letak dalam laci meja, mesti dia tak tau.

Aida: Bongok la ko wan.

* Hahahahahaha.

Aida: Takpelah, aku letak dalam cawan.

* Haa bagus jugak tu. Dia memang tak boleh masuk dalam cawan sebab licin kan.

Aida: Bongok la ko wan!!

* Hahahahahahahaha

Semut adalah penduduk tetap di ofis aku. Macam-macam ilmu dah cuba halau tapi setia betul dia.

Monday, 14 November 2016

Henti. Sedia. Jalan.

Kala kau rasa beban segunung Kinabalu,
Tekanlah butang itu,
Lalu jangan kau keluh,
Henti.

Jalan hidup punya cabang mendebarkan,
Liku-liku menyakiti keseronokkan.
Tolong jangan kau keluh
Sedia.

Bukan semua laluan perlu dirempuh,
Tapi teruskan,
Jangan pernah kau keluh,
Jalan.

Ya simpang itu dua, tiga, empat,
Ya jalan itu koyak, rabak, remuk,
Lalu jangan pernah kau keluh,
Hanya perlu,
Henti, sedia, jalan.

Inilah jalan kehidupan.


Friday, 11 November 2016

Had

Had.

Pergi.
Mana kau nak pergi,
Pergi
Apa nak kau buat,
Buat.
Apa kau fikir,
Fikir.

Yang tentu hanya kau seorang.
Bukan sang ketua.
Tapi ingat,
Dia ada disana perhatikan kau.
Mencatitkan semua.
Mana kau pergi.
Apa kau buat.
Apa kau fikir.
Ada had.

Had.

Salam Jumaat 11 Nov 2016




Monday, 7 November 2016

Ilmu

Tutur Si Malik,

"Ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman."

Biar kita kurang ilmu buku didunia,
Asal jgn kita kurang ilmu agama,
Asal jgn kita kurang ilmu budi bahasa.

Renung.

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2016!

Saturday, 15 October 2016

Ingat, syukran

Ingat,
yang ada pasti tiada kelak.
Sekuat mana cengkaman,
sepedih itula rasa bilamana ia terhilang.

Ingat,
tatkala tiada,
pejam matamu,
Dia pasti beri yang baru.
Dia is the best planner.

Syukran.















-ingatsyukran/1856pm/10Oct16-

Tuesday, 11 October 2016

Pergi

Pergi,
Mana pun tempat kau pergi.
Lama mana pun kau pergi.
Satu hari nanti,
Masanya kan tiba,
Untuk aku pergi.














-pergi/1721pm/11Octt16-

Wednesday, 28 September 2016

Bersemuka penakut

Sunyi itu mungkin
Tapi takut jangan sekali

Lembab itu mungkin
Tapi takut jangan sekali

Jauh itu mungkin
Tapi takut jangan sekali

Tinggi itu mungkin
Tapi takut jangan sekali

Kata si pantul wajah
"Hoi penakut
Mari bersemuka
Aku tak takut akan kau si penakut
Kerana takut aku hanya setia pada Yang Maha Besar"

-bersemukapenakut/2112pm/28Sept16-

Monday, 26 September 2016

Dongak, pandang dan bawaku terbang

Dongak keatas.
Pandang kedepan.
Lupakan si pelupa.
Biar angin bawa ku terbang kemana ku mahu.

-dongakpandangterbang/2234pm/26Sept16-

Sunday, 18 September 2016

Jerih

Galak berjalan
Pernah aku berlari
Ada juga tersinggah sungkur
Bertahun juga bertahan
Panjang hela aku nafas
Aku telan pahit yang aku hidu
Lantas,
Aku tenung tiap kali mendengar
Bangkit balik bak matahari yg menyair "Bangkitlah selepas tidur"
Tapi,
Pendek kisahnya,
kini,
Jerih.
Aku jerih,
akan tiap sketsa pementasan kala aku diselitkan ditengah-tengah
Ya aku jerih.

-Jerih/0055am/18Sept16-

Monday, 12 September 2016

Ikut

Pintu terbuka untuk korang "ikut" aku.

Mari la "ikut" belog yg tak seberapa ni.

Aku sekadar berkongsi.

-Ikut/0116am/12Sept16-

Bukan kerna nama

"dengarlah wahai teman.. dengarkan bersama.. aku menulis bukan kerna nama"

-BukanKernaNama/RamliSarip/1991-

Friday, 12 August 2016

Dabik jangan kau dabik

Tiap jaya,
tiap maju,
jangan kau dabik dada.

Tiap tunduk,
tiap murung,
tiap jatuh,
bangkitlah cepat.

Akan tapi,
jangan kau lupa,
akan mantra penuh hikmah,
berbunyi "Alhamdulillah"

Percayalah kau,
akan rezeki Dia bagi,
semua adil saja.

Moga kau sabar,
dan jangan dabik.

-Jumaat di opis 12/8/16-

Thursday, 4 August 2016

Langkah

Kadang langkah ni
perlu ambil seundur keblakang
untuk kita mara duatapak kedepan.

Langkah betul kadangkala tepatnya tidak.

Sunday, 31 July 2016

Saturday, 2 July 2016

Raya 2016

Eh nak raya dah!
Cepatnya masa berlalu.
Ni tahun ketiga aku dan mommy meniaga kat bazaar stadium.
Tahun ni paling seronok kalau nak dibandingkan dgn tahun2 sudah.
Kenapa?
Aku pun tak pasti kenapa.
Mungkin sebab tahun ni hati aku lebih terbuka dan keinginan berniaga lebih kuat dari sebelum2 ni.
Terima kasih mommy sebab bg papa peluang dan pengalaman berniaga yg sangat berharga.
Untung mommy sebab boss bagi cuti sebulan! Jealous!
Oklah.
Dikesempatan ni aku nak bagi ucapan tipikal ni.
Aku susunkan 10 jari dan memohon maaf atas segala terkurang terlebih selama ni pada semua yg mengenali baik didunia hidup mahupun didunia maya.
Moga Allah berkati & hapuskan semua dosa2 korg yg memaafkan kekhilafan aku ni.
Oh emosinya! Cisskek betul!
Ok aku ada 1 statement & soalan utk korg.
Pertama,..
Yg dah kahwin tu, jgn lupa duit raya utk aku. I mean, anak aku.
Yg single mingle tu, bila nak kahwin? Hehehe.

Salam Aidilfitri dari aku dan Mommy dan Qaireen dan daaaaannn je. Hehehe

Meriam dijari aku dah standby nak bom wall korg yg penuh dgn gambar2 raya. Siap sedia!

Sunday, 19 June 2016

Hari bapa buat ayah

Bila disebut tentang hari bapa,
terus aku igtkn satu nama.
Zainudin bin Yaakob.
Siapalah aku nak pinta masa diputarbalik.
Hanya aku iringkan sejahtera beliau dalam setiap kata doa ku.
Nukilan aku hanya utk dia, ayah.
Selamat hari bapa, ayah.

Hmmmmm.



Fynn Jamal - Biar
mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi

-Nukilan hari bapa-

Saturday, 11 June 2016

Bila harapan ditikam

Ingatlah kawan,
biarkan sebutir sahaja harapan,
agar tersungkur tidak kau teriak.

Bila harapan ditikam

Sunday, 22 May 2016

Yang kekal

Biar sekejap,
tapi kekal.

Biar bising,
tapi kekal.

Biar mengantuk,
tapi kekal.

Biar penat,
tapi kekal.

Bukti tawa itu pasti.
Bukti senyum itu pasti.
Aku tawa,
Aku senyum,
Aku simpan,
Itulah kegembiraan Yang Kekal.

Aktiviti wajib mingguan Qaireen @ AEON Mall Shah Alam

Sunday, 8 May 2016

Berilah ku rasa

Sekali adalah hari-hari,
sebanyak adalah berjam-jam.
Berilah ku rasa.

Jarum terdetik ketik ketik.
tidur bangkit matahari,
celik padam bulan.
Berilah ku rasa.

Pinta diminta satu sahaja,
berilah ku seminit,
Agar tahu aku jerih perih jadi ibu.
Berilah ku rasa.

Terima kasih wahai Si Ibu Madznah Binti Md Isa kerana melahir & membesarkan ku.
Terima kasih wahai Sang Isteri Nur Asyikin Binti Jamaluddin kerana melahirkan & membesarkan cinta hati Irdina Qaireen Binti Irwan Shah
Selamat Hari Ibu.

7 Mei 2016

Friday, 8 April 2016

Captain

Kami dalam kereta sementara tunggu mommy ambil roadtax. ...

Qaireen: papaaaaaaa, kita nak pergi mana ni?

* kita nak pergi jalan la

Qaireen: jom!!! Pergi main slide!!

* eh kejap la. Tunggu mommy ambil barang dulu.

Qaireen: OK captain papa!

* waaahh papa captain ya?

Qaireen: eh sorry sorry.. captain kakak lah!

* alaa papa baru nak jadi captain (tepuk dahi)

Berangan nak jadi captain jap.

Sunday, 27 March 2016

Fake

Jangan nak menunjuk sangat
kau fake.
Tak pasal-pasal nanti tergaru-garu
orang tau
kau fake.

Friday, 18 March 2016

Summary

Di rumah nenek (mak aku) ..

* kakak nak balik rumah ke nak tidur sini?

Qaireen: aaamm uurrmmmm aaaa..

* cepat ler. Nak balik ke nak tidur sini.

Qaireen: nak balik tidurlah.

* aku pandang mak aku, mak aku pandang aku.

Pandai dia summarize dua-duanya. Syabasss syaabaaaasss. Papa dah pening.

Monday, 14 March 2016

Syukur dikala

Kala terik,
kala gigil,
kala kering,
kala timbul.
Jangan kau mengomel
Syukurlah.
Masih ada nafas ditarik dilepas
Dia ada
Dongak klangit
Tadahlah doa
Biarlah Dia rancang

Ya Malaysia panas. Tapi jangan dimarah dicerca dikeji. Itu kerja Dia, ada sebab. Kau apa tau?! Aku pun tak tahu. Jadi, syukur, doa, redha.

Takpa

Takpa.. takpa..
Kau junjung langit puji
Kau sanjung keji diri

Takpa.. takpa..
Kau tindas bijak keringat
Kau tonjol bodoh diam

Takpa.. takpa..
Langit itu rendah
Darat ini serata

Kau kenal kelak
Takpa.. takpa..

Keringat bila dibutakan ibarat renangan penangan matahari tanpa bulan. Entah. Takpa.. takpa. 

Friday, 11 March 2016

Kemas

Aku bangun.
Aku siap.
Aku kayuh.
Aku sampai.
Aku kemas.
Aku makan.
Senyum sambil-sambil
Penuh ketenangan.

Lihatlah, banggalah, ketawalah. Aku senyum. 

Thursday, 10 March 2016

Noted

Satu surat aku terima.
Aku baca.
Aku hadam.
Aku telan.
Aku angin.
Aku sabar.
Aku balas.
Noted.

Kau wujudlah aku harap,
Agar lempar ke muka aku kata,
Bangsatlah kau si peniup kencang.

Pokok takkan bergoncang kalau tiada angin.

Sunday, 6 March 2016

Pak Atan

Rosaknya zaman kanak-kanak kau
Bila zaman kau ada Old MacDonald
Tapi zaman anak kau ada
Pak Atan.
Wahai Astro.
Siapa punya angkara ni?!



Qaireen pun layan je nyanyi. Lama kelamaan papa pun ikut. Jangan kecam!

Friday, 26 February 2016

Inspirasi

Saban hari-hari,
kita dengar,
kita baca,
kita lihat,
tentang Inspirasi.

Saban hari-hari,
aku cari,
aku belajar,
aku saksi,
tentang Inspirasi.

Kini hari,
aku tahu,
apa erti sebenar
Inspirasi.

Ucap dua patah kata,
mungkin tak gunamana.

Tapi fahamlah,
aku hanya mengembara
mencari minum untuk kenyang
mencari makan untuk tiada dahaga
mencari cahaya untuk hidup.

Teruskan,
kenal dunia.
Sampai kau jumpa.
Inspirasi.


Wednesday, 24 February 2016

Jenguk jengah intai lihat

Kata fynn..

"
minta dijengukkan sang aku ini
sekala sekali di bila-bila yang disudi.
minta dijengahkan tanpa benci
sekala sekali di masa-masa yang dibagi.

minta diintaikan apakala sempat
sekala sekali di detik-detik yang dapat.
minta dilihatkan aku yang memayat
sekala sekali di waktu-waktu yang geliat.

takut-takut sudah membusuk bangkai aku
tak terperasan dek mata kamu
yang disibuk cahaya baru.

bila di masa yang dijengukjengahkan;
semoga ia adalah pada datangnya gelap malam rawan.
kerna detik di waktu itu janganlah diintailihatkan
bersuluh suriamu menjelas pandangan.

cukup-cukuplah seluruh alam menzikirpuji dia
mengkebumi aku sebelum mati.
"

Ini kata Fynn.


Buku hidup selalunya tak mati. Terima kasih Fynn.

Aku sedar

Takpa.
Aku sedar,
siapa diri aku.

Takpa.
Aku sedar,
aku pada kamu sangat menyusahkan.

Takpa
Aku sedar.
Biarlah.

Sunday, 21 February 2016

Hujung mula

Hidup ni macam pengembara sampan
Kau tahu tugas kau
Hanyutkan bersama si sampan

Tapi cuba kau tenung sekeliling
Ribut di depan
Hujan di kiri
Malap di kanan
Jauh asal ditinggal belakang.

Pilihan kau tak semestinya tepat
Terkadang betul dah cukup
Asal kau belajar,
bukan buat bodo.

Kembara dan terus lagi.
Sampai hujung,
kau pasti jumpa mula.

Ceritera kembara hujung mula


Yang hujung itu adalah mula

Sketsa pagi ahad

Tadi baru bangun tidur.

* kakak nanti dah besar nak jadi apa?

Qaireen: uuurmmmm *sambil jari telunjuk kat dagu, mata pandang atas*

* kakak nak jadi doktor?

Qaireen: tak nak lah.

* habis tu kakak nak jadi apa?

Qaireen: kakak nak jadi besar

* eeeerrrrrr.. kakak, jom teman papa basuh motor! *cubaan untuk tukar topik*

Qaireen: ooooo motor kotor yer?

* yer kotor. dirty.

Qaireen: eeeeuuuuuww busuk!

* busuk? siapa busuk?

Qaireen: motor papa lah!

* hehehehe *keluar bilik terus capai baldi & kain untuk basuh motor*

Qaireen: papa! wait for me!

Pagi-pagi dah tepuk dahi

Saturday, 20 February 2016

Awan yang nyata

Dahulu,
awan hanya berdua.
Sedepa demi sedepa,
kepulan bercambah.

Berlima,
ini yang awan mampu berikan.
Dah menapak setinggi habis.

Kini,
awan berlapan.
Ditanah langit yang luas.

Kekal,
awan yang nyata,
Dibawah sepasaang sayap,
sentiasa kekal bersama.

Puisi untuk BCS

aku, patrick, erwan, janna, ebby, mamafish, is, amx

gambar pudar itu pasti, tapi tidak pada kenangan

masa ni baru "rekrut" geng drone


Friday, 12 February 2016

Adakah

Adakah
masa dah kunjung tiba.
Untuk aku undurkan,
apa yang dipahat bak kekal dijiwa kental.

Adakah
angin yg bertiup ni,
adalah tandanya,
untuk aku campak, buang, atau tanam semua ni.

Aku tak ready lagi woi.

Sabarlah
Tabahlah

Jalan tak sentiasa lengang,
kadang jem kadang tak.

Carry on brader.
Stay strong!

Apa yang senang

Kau tahu?
Apa yang paling senang kat dunia ni?
Cakap.

Mudah.
Senang.
Simple.

Bila otak tak berhubung dengan bijaknya.
Banganglah setiap patah kata tu.

Buat tengok.
Baru kau tahu lalat tu pening macam mana.

Wednesday, 10 February 2016

Flow

Ibarat bil air kat rumah tak perlu bayar lagi.
Apa yang akan berlaku?
Kau kuasai semuanya.
Semua.
Sesekali tutup air tu walau bayar tak perlu lagi.
Renung dan sedih.

Friday, 5 February 2016

Deep thought

Deep thought
Adalah proses pabila otak memikirkan sepekara,
dengan dalamnya.
Apa yang jadi.
Kenapa ianya jadi.
Celahmana nak settle seperkara tu.
Fikir banyak,
bukan satu macam,
tapi macam-macam.
Kadang stress,
tapi banyaknya kau belajar.

Biarlah.
Si luncai dengan askarnya,
tipu-tipu manusia,
main-main bencinya.

Yang penting,
kau kena steady.
Barulah macho.

-aku yang tengah deep thought _ LRT _ Februari16-

Renung

Sedetik terlintas.
Kau kerah tulang empat kerat,
untuk siapa?
dan kenapa?
Kawan,
silakan,
dongak.
Tapi jangan lama sangat.
Diberi, senang.
Diambil, pantas!
Syukur.
Kerana Dia.

Jumaat Pertama Februari16

Thursday, 4 February 2016

Gerak

Terlalu puitiskah sesuatu itu,
ayat,
perkataan,
atau,
emosi.
Apa yang dipacakkan,
dari segenap mata terbuka,
dari sehirup nafas dihela,
dari sepasang terlinga merakam.

Sumpah,
aku tak pandai.
Sekadar mampu mikir-mikir.
Lalu aku letakkan disini.

Jangan letak penghadang didepan kau.
Kelak kau takkan mampu,
rangkak-rangkak,
jalan-jalan,
lari-lari.
Maka terduduklah kau sendiri.

Persetankan sahaja si jahat.
Gerak, akal fikir kau.

-February16 _ Gerak dari sana ke sini tapi disini-

Sunday, 31 January 2016

Kongsi kejayaan

Kau tahu?
Kejayaan, jangan dibanggakan.
Dari sekecil hingga sebesar.
Kongsikan.
Kau tak tau?
Lihat dunia.
Kau akan tahu.

Saturday, 30 January 2016

Ini Ajis

Kenalkan.
Ini Ajis.
Ajis kena baling batu.
Tepat dikepala beliau!
Ajis meraung sakit.
Gila kau tak sakit?!
Ajis tak balas balik.
Ajis bijak
Jadilah seperti Ajis.


Diam!

Pelanggan kecewa

Bila difikirkan balik..

160117,
Ni nombor tu.
Minta lain,
dapat lain,
Jauh dari apa yg diminta.
Bukan berkira.
Tapi suarakan kekecewaan.
Aku jenguk-jenguk.
Hasil diberi pada org lain,
semua tampak cantik dan sedap.
Kesal,
tak guna.
Hati tenang berkata,
takpa.. takpa.. ramai lagi contact lain,
yang jauh lebih hebat dari kamu.
Ini terakhir,
aku minta tolong kamu.
Terima kasih.

-pelanggan kecewa-

Tuesday, 12 January 2016

kurang dan tak payah langsung

oh sengsara.
mana kau.
aduhai.
saat ni la aku perlukan kau.

anggukkan saja.
sabar dan terus sabar.

nescafe.

selamat kembali sahabat lama.
milo.

-mangsa gastrik-

Saturday, 9 January 2016

.. kerana melihat ketidaksempurnaan itu menyempurnakannya. Itulah fotografi.


Foto oleh: BadCat Studios
Lokasi: Empire Damansara

Sunday, 3 January 2016

Duit kakak

Baru berlaku kejap tadi dalam bilik tidur.

Qaireen: papa!

* yer.

Qaireen: see, kakak ada duit .. tadaaaaa (kutip duit atas lantai dan tayang kelangit)

* haa pergi simpan dalam coin bank kakak.

Qaireen: eh tak boleh.

* kenapa pulak?

Qaireen: kakak nak beli mainan.

* kakak nak beli apa???

Qaireen: eh tak ada apa2. kakak simpan dalam coin bank yer.

* adoooiiii (tepuk dahi)