Monday, 14 November 2016

Henti. Sedia. Jalan.

Kala kau rasa beban segunung Kinabalu,
Tekanlah butang itu,
Lalu jangan kau keluh,
Henti.

Jalan hidup punya cabang mendebarkan,
Liku-liku menyakiti keseronokkan.
Tolong jangan kau keluh
Sedia.

Bukan semua laluan perlu dirempuh,
Tapi teruskan,
Jangan pernah kau keluh,
Jalan.

Ya simpang itu dua, tiga, empat,
Ya jalan itu koyak, rabak, remuk,
Lalu jangan pernah kau keluh,
Hanya perlu,
Henti, sedia, jalan.

Inilah jalan kehidupan.


Friday, 11 November 2016

Had

Had.

Pergi.
Mana kau nak pergi,
Pergi
Apa nak kau buat,
Buat.
Apa kau fikir,
Fikir.

Yang tentu hanya kau seorang.
Bukan sang ketua.
Tapi ingat,
Dia ada disana perhatikan kau.
Mencatitkan semua.
Mana kau pergi.
Apa kau buat.
Apa kau fikir.
Ada had.

Had.

Salam Jumaat 11 Nov 2016




Monday, 7 November 2016

Ilmu

Tutur Si Malik,

"Ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman."

Biar kita kurang ilmu buku didunia,
Asal jgn kita kurang ilmu agama,
Asal jgn kita kurang ilmu budi bahasa.

Renung.

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2016!